| |
SOALAN LAZIM (FAQ)
PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF
KATEGORI STPM 2005
-
Adakah kata laluan
perlu dimasukkan semasa proses permohonan dan
apakah bentuk format yang boleh dimasukkan dalam
ruangan kata laluan?
Semasa proses permohonan, anda diwajibkan
memasukkan tiga elemen iaitu Nombor Kad Pengenalan,
Unik ID dan Kata Laluan. Kata Laluan perlulah
ringkas iaitu terdiri daripada enam(6) hingga
lapan (8) aksara sahaja supaya ianya mudah untuk
diingati oleh anda.
-
Sekiranya saya kehilangan
Nombor Unik ID setelah membuat permohonan, apakah
langkah atau cara terbaik untuk saya melaksanakan
proses kemaskini atau semakan permohonan?
Sekiranya anda kehilangan Nombor
Unik ID, anda boleh menggunakan Kata
Laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan
awal untuk membuat proses kemas kini maklumat
permohonan atau semakan permohonan.
Sekiranya anda kehilangan Nombor Unik
ID dan tidak mengingati Kata Laluan, anda perlu
membeli semula Unik ID di Bank Simpanan Nasional
(BSN).
-
Saya membeli Nombor
Unik ID dan mendapati Nombor Unik ID yang dibeli
di BSN sama dengan rakan saya, apakah terdapat
sebarang kesilapan yang mungkin timbul di BSN
dan apakah ciri-ciri keselamatan yang diterapkan
dalam Aplikasi Dalam Talian ini?
Tiada sebarang kesilapan Nombor
Unik ID yang dihasilkan oleh BSN walaupun
anda mendapati Nombor Unik ID
anda sama dengan rakan anda, dan ini adalah kerana
semua penghasilan Nombor Unik
ID adalah berdasarkan Nombor
Kad Pengenalan.
Bagi mengemukakan permohonan, anda perlu memasukkan
Nombor Kad Pengenalan, Nombor
Unik ID dan Kata Laluan. Ini menunjukkan
anda dan rakan anda yang mempunyai Nombor
Unik ID yang sama akan memasukkan Nombor
Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang
berbeza.
-
Apakah ciri-ciri keselamatan
yang ada semasa permohonan kemasukan ke IPTA ini
?
Anda perlu merahsiakan Nombor Unik ID dan Kata
Laluan anda daripada pengetahuan umum. Anda
perlu menjaga kerahsiaannya bagi mengelakkan
sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)
tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa yang
berlaku sekiranya terdapat pencerobohan maklumat.
-
Bagaimanakah caranya
untuk saya mengetahui program pengajian yang dipilih
adalah program pengajian yang ada temu duga?
Program pengajian yang ada temu duga boleh dikenal
pasti dengan adanya tanda (*) di bahagian akhir
nama program. Contoh adalah seperti berikut:-
KH03 - Sarjana Muda Senibina *
-
Adakah saya perlu menghantar
apa-apa dokumen seperti salinan Kad Pengenalan,
Slip Keputusan dan sebagainya kepada IPTA atau
BPKP?
Anda tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada
IPTA atau BPKP walaupun memilih program pengajian
yang ada temu duga. Walau bagaimanapun, anda perlu
mengemukakan dokumen/ sijil asal ketika menghadiri
temu duga.
-
Sekiranya saya tidak
terlibat dengan mana-mana aktiviti kokurikulum,
bagaimanakah saya ingin membuat permohonan sedangkan
Aplikasi Dalam Talian mewajibkan pemohon mengisi
maklumat kokurikulum?
Bagi pemohon yang tidak melibatkan
diri dalam mana-mana komponen kokurikulum,
anda perlu mengisi contoh maklumat seperti berikut
:-
| Unit Beruniform/
Pakaian Seragam |
= 00 Tidak Menjadi
Ahli Unit Beruniform |
| Jawatan |
= 0 Bukan Ahli |
| Penganugerahan Sijil |
= 0 Tidak Menerima Apa-apa
Penganugerahan/ Sijil/ Tidak Terlibat dalam
kegiatan |
-
Saya ingin mencetak
semua maklumat yang telah dimasukkan, adakah saya
boleh mencetak maklumat permohonan semasa mengisi
maklumat?
Maklumat permohonan hanya boleh dicetak
setelah anda selesai iaitu setelah klik butang
"Sah & Hantar". Cetakan daripada
laman SEMAKAN dan laman SELESAI PERMOHONAN/KEMASKINI
sahaja yang boleh dicetak dan dijadikan bukti
dan rujukan bahawa permohonan anda telah selamat
diterima oleh sistem.
Maklumat permohonan yang dicetak selain daripada
laman ini, TIDAK boleh dijadikan bukti permohonan
kemasukan ke IPTA telah berjaya dilakukan oleh
anda.
-
Bagaimanakah saya boleh
ketahui yang maklumat saya telah selamat diterima
oleh sistem ?
Pemohon boleh mengetahui sama ada maklumat telah
diterima atau belum dengan memastikan setelah
klik butang “Sah & Hantar”, paparan
“Selesai” dipaparkan. Selain itu,
pemohon juga boleh membuat Semakan Permohonan
bagi mengetahui status penerimaan sistem atas
maklumat yang telah dihantar.
-
Saya telah membeli
Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN),
tetapi apabila saya memasukkan No Kad Pengenalan,
Nombor Unik ID dan Kata Laluan, saya tidak dapat
memasuki borang permohonan sebaliknya memaklumkan
bahawa No Kad Pengenalan yang dimasukkan adalah
salah. Apakah yang perlu saya lakukan?
Masalah anda ini berkemungkinan terjadi disebabkan
beberapa faktor seperti di bawah :-
BIL |
MASALAH |
PENYELESAIAN |
1. |
Kesilapan
Nombor Kad Pengenalan semasa membeli
Nombor Unik ID |
|
Anda perlu
membeli semula Nombor Unik ID
mengikut Nombor Kad Pengenalan
yang sebenar. |
|
2. |
Menggunakan
Nombor Kad Pengenalan yang lain
semasa membeli Unik ID yang berbeza
semasa pendaftaran/peperiksaan
STPM 2005. |
|
Anda perlu
membeli Nombor Unik ID berdasarkan
Nombor Kad Pengenalan yang digunakan
semasa pendaftaran/peperiksaan
STPM 2005 walaupun Nombor Kad
Pengenalan tersebut mempunyai
kesilapan. |
|
3. |
| Bukan merupakan pelajar Lepasan
STPM 2005 |
|
Anda tidak
boleh memohon di bawah kategori
ini. Sekiranya anda merupakan
pelajar Lepasan STPM tahun 2004
atau sebelumnya, anda perlu memohon
di bawah kategori Diploma/Setaraf. |
|
4. |
|
| Sila hubungi Bahagian Pengurusan
Kemasukan Pelajar. |
|
|
|