Anda pelawat ke-
   M - - H  

 

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA
PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2006/2007
KATEGORI LEPASAN STPM 2005


Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM 2005 adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application).

Permohonan Kemasukan ke IPTA melalui Aplikasi Dalam Talian akan dibuka kepada pemohon mulai 03 JANUARI 2006 jam 12.00 tengah hari sehingga SEPULUH (10) hari bekerja selepas keputusan STPM 2005 diumumkan dengan melayari laman web berikut :-

  1. http://emoe.gov.my
  2. http://www.mohe.gov.my

Pemohon dinasihatkan membuat permohonan awal sebaik sahaja iklan permohonan kemasukan ke IPTA disiarkan pada 01 Januari 2006. Selepas keputusan STPM 2005 diumumkan, pemohon boleh membuat sebarang pengemaskinian maklumat sebanyak TIGA (3) kali peluang sehingga tarikh tutup.

Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kesesakan dan masalah yang timbul sekiranya pemohon ingin mengemukakan permohonan pada saat-saat akhir.

Pemohon dikehendaki merujuk menu Panduan Aplikasi Dalam Talian yang terdapat di bahagian atas laman web bagi mengetahui prosedur permohonan bagi memastikan permohonan/kemas kini selamat diterima oleh sistem.

Sekiranya pemohon berminat untuk mengikuti program pengajian yang ada temu duga di IPTA, anda perlu membuat pilihan program dari Pilihan 1 hingga 4 sahaja.

PERHATIAN : Pemohon dikehendaki membaca dan meneliti panduan yang disediakan di bahagian atas dan kanan laman ini bagi mendapatkan maklumat yang tepat supaya permohonan selamat diterima dan diproses untuk kemasukan ke IPTA :-

Maklumat AM


1. Maklumat BPKP
2. Maklumat Permohonan

Menu ini mengandungi maklumat mengenai Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP)yang merangkumi tugas utama BPKP.

Ia turut memberikan maklumat kepada anda mengenai Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf bagi permohonan kemasukan ke IPTA seperti institusi yang menawarkan program, syarat permohonan, kriteria pemilihan, kategori permohonan, pilihan program pengajian dan sebagainya.

Syarat Program

Menu ini mengandungi semua syarat khas program yang ditawarkan oleh IPTA untuk membantu anda dalam membuat pemilihan program mengikut kelayakan.

e-Panduan


1. Aplikasi Dalam Talian
2. Carta Alir Proses Aplikasi Dalam Talian
3. Panduan Mengisi Maklumat
4. UPUInfoline, TELEUPU, SMS
5. Alamat IPTA/ Jabatan/ Agensi

e-Panduan ini mengandungi segmen yang boleh membantu anda dalam mengetahui maklumat seperti berikut :-

  • Cara mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian yang melibatkan proses permohonan, semakan dan kemaskini.
  • Membantu anda dalam mengisi maklumat di dalam borang Aplikasi Dalam Talian supaya lebih jelas dengan apa yang ingin diisi oleh anda.
  • Anda boleh menyemak maklumat Status Penerimaan Permohonan dan Keputusan permohonan melalui penggunaan UPUInfoline, TELEUPU CELCOM dan SMS.
  • Anda juga dimaklumkan mengenai alamat terkini IPTA atau agensi yang berkaitan.
Permohonan
Menu Permohonan adalah bagi pemohon yang baru hendak mengemukakan permohonan.
Semakan
Menu Semakan membantu anda untuk menyemak sama ada permohonan anda benar-benar selamat diterima oleh sistem dan kemudian mencetak maklumat permohonan.
Kemaskini
Sekiranya, anda ingin membuat pembetulan permohonan yang telah dihantar, anda boleh pergi ke menu ini. Anda diingatkan hanya mempunyai TIGA (3) kali peluang sahaja.

Pemohon dikehendaki mengemukakan Kad Pengenalan/ MyKad atau salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon semasa membuat pembelian Nombor Unik ID. Sekiranya pemohon tidak mengemukakan dokumen di atas, berkemungkinan anda tidak boleh membeli Nombor Unik ID dan seterusnya membuat permohonan kemasukan ke IPTA.

Pemohon hanya dikehendaki membayar wang berjumlah RM 15.60 untuk membeli Nombor Unik ID di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia. BSN akan mengeluarkan slip resit yang mengandungi Nombor Unik ID pemohon. Pembelian Nombor Unik ID hendaklah dibuat atas Nama dan Nombor Kad Pengenalan pemohon.

Pemohon dikehendaki memasukkan Nombor Unik ID yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk memasuki laman web permohonan Dalam Talian.

PERHATIAN : SILA RUJUK PANDUAN APLIKASI DALAM TALIAN UNTUK MENGETAHUI PROSEDUR/LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN.


Sebarang pertanyaan mengenai masalah permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian, Sila hubungi ke alamat berikut :-

No. Tel : 03-88835801/02 Faks : 03-88894260

E-mail : upu@mohe.gov.my

Pengarah
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9 Parcel E Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya

 

Sila gunakan Internet Explorer 5.0 ke atas dan saiz resolusi 1024x768

Disclaimer/Penafian: Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau
kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.


 
Senarai Program yang ditawarkan
Tarikh Penting
FAQ

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Sektor Pengurusan IPTA, Jabatan Pengurusan IPT
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 1, Blok E9 Parcel E Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya
No Tel : 03-88835801/5802 No Faks : 03-88894260
@Hak Cipta Terpelihara - Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Komen/Cadangan Mengenai Laman Web : Penyelaras Web