Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia
Laman Utama Hubungi Kami Senarai Sekolah
   
   
1)
Aduan-aduan yang boleh di kemukakan oleh orang awam.
 
 
Berikut adalah contoh-contoh aduan yang boleh dikemukakan kepada Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diambil tindakan:-
       
  1)  
Kelewatan Atau Tiada Tindakan
    I.
Aduan mengenai Pengetua tidak mengambil tindakan bagi kelas yang tiada guru Bahasa Inggeris
    II.
Aduan mengenai  atlit tidak menerima sijil penghargaan sukan.
    III.
Aduan mengenai pengesahan dalam jawatan lewat diuruskan.  
     
  2)  

Tindakan Tidak Adil

    I.
Aduan berkenaan Pengetua yang tidak adil dalam melantik dan memberi jawatan di  sekolah.
    II.
Aduan berkenaan pengurusan pentadbiran yang tidak menghargai tugasan guru lebih mementingkan keistimewaan ibu bapa  
     
  3)  
Kekurangan Kemudahan Awam
    I.

Aduan mengenai keselamatan sekolah yang terancam disebabkan oleh pagar sekolah yang roboh

     
  4)  

Kepincangan Perlaksanaan Dasar Dan Kelemahan Undang-Undang

    I.

Sekolah membuat peraturan tidak  berasaskan  polisi kementerian.  

     
Kes 1.   Tidak membenarkan pelajar menyerahkan MC sebaliknya ibu bapa mesti  menyerahkan MC kepada sekolah.(Kes Hulu Langat)  
     
  5)  

Salah guna Kuasa/Penyelewengan

    I.
Aduan berkenaan salah laku guru besar membuat kutipan atas alasan membaiki mesin fotostat,sengaja mengadakan murid hantu dalam kelas untuk tuntutan PCG  
    II.
Aduan berkenaan Guru Besar  yang sering memaksa guru menjual buku latihan dengan harga yang tinggi.  
     
  6)  

Salah laku Anggota Awam

    I.
Aduan berkenaan seorang guru yang suka menampar, mencubit dan piat telinga sehingga menyebabkan murid-murid takut ke sekolah. 
    II.
Pegawai dan kakitangan jabatan/agensi yang tidak/ kurang sopan, memaki orang awam, kasar dan berkelalakuan buruk semasa berurusan dengan orang awam, sama ada melalui telefon ataupun bersemuka, cuai menjalankan tugas mereka, ponteng dari kerja semasa waktu kerja, datang lewat bekerja dan balik awal, menjalankan perniagaan sendiri semasa waktu pejabat.  
     
  7)  

Kegagalan Mengikut Prosedur Yang Ditetapkan

    I.
Aduan berkenaan guru bahasa Inggeris tidak memberi latihan kepada murid-murid Tahun 1 sejak bulan Januari
    II.
Aduan berkenaan derma yang diwajibkan kepada pelajar untuk membina bangunan baru.
    III.
Aduan mengenai ingkar perintah pihak pentadbiran yang meminta guru hadir bertugas pada cuti minggu pertama hari sabtu dan Ahad.
     
     
  8)  
Kualiti Perkhidmatan Yang Tidak Memuaskan Termasuk Kaunter Dan Telefon
    I.
Jabatan/Agensi kerajaan tidak menyelenggarakan perkhidmatan dan kemudahan awam dengan baik dan sempurna. Contohnya, Guru Besar Sekolah, Jabatan Pendidikan Negara/Daerah tidak memperbaiki sekolah yang rosak dan bocor semasa hujan.
    II.
Aduan berkenaan harga makanan di kantin yang tidak munasabah, sampah yang bertaburan di kawasan sekolah.
     
  9)  
Kegagalan Penguatkuasaan
    I.
Dua beradik tidak bersekolah atas alasan tiada duit.
     
  10)  
Khidmat Nasihat
    I.

Aduan berkenaan anak ditumbuk dibahagian pipi dan mata.

    II.
Cara membuat permohonan rayuan penempatan murid atau guru
     
  11)  
Adu Disiplin
    I.
Anak dipukul oleh pelajar senior di dalam kawasan sekolah
    II.
Sekumpulan pelajar ponteng dan melepak di Cyber Café  
    III.
Anak sering dibuli oleh pelajar tingkatan 5.
       
2)
Aduan-aduan yang tidak boleh di kemukakan oleh orang awam.
 
Aduan-aduan yang tidak boleh diambil oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
       
    I.
Aduan peribadi seperti pergaduhan dengan jiran, suami isteri dan ahli-ahli keluarga, tuntutan hutang pinjaman daripada kawan dan ahli-ahli keluarga.
    II.
Kes-kes yang telah difailkan dengan mahkamah, sama ada jenayah sivil dan sedang dalam tindakan mahkamah.
    III.
Kes-kes di bawah bidang kuasa Biro Bantuan Guaman (BBG) seperti hal sewa beli kenderaan, alat-alat elektrik,elektronik, tuntutan nafkah oleh isteri(bukan Muslim)
    IV.
Kes-kes di bawah bidang kuasa Biro Pencegah Rasuah yang melibatkan rasuah oleh pegawai/kakitangan kerajaan.
    V.
Kes-kes yang telah dibuat keputusan oleh Timbalan Pendakwa raya supaya tindakan tidak akan dilanjutkan setelah dirujuk kepada beliau oleh pihak polis atau kes yang tidak berasas berdasarkan siasatan polis.
    VI.
Perkara-perkara yang berlaku melebihi tempoh 6 bulan.
    VII.
Kes-kes yang umum dan tidak spesifik dan tepat seperti ketiadaan tarikh, tempat dan masa kejadian, nama pegawai/kakitangan
    VIII.
Aduan mengenai salah laku oleh sektor-sektor swasta seperti bank, syarikat insurans,majikan,syarikat pemaju perumahan, peguam dan pegawai dari kementerian lain.  
       
       
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E,60624 PUTRAJAYA
Sistem dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi , Kementerian Pelajaran Malaysia