|
Ahli Biasa
- Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang terdiri
daripada:
- Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan
perkhidmatan di Malaysia;
- Anggota wanita di semua peringkat kumpulan Perkhidmatan Awam di
Malaysia;
- Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan
perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia;
- Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang diceraikan;
- Anggota wanita Perkhidmatan Awam yang telah bersara;
- Ahli-ahli dari agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan
- Ahli biasa berhak bersuara, mengundi dan memegang sebarang jawatan
dalam Persatuan.kecuali kategori 1.vi.
Ahli Bersekutu
- Ahli bersekutu terbuka kepada:
- Isteri anggota Perkhidmatan Awam yang belum menjadi warganegara
Malaysia;
- Pekerja wanita yang digajikan oleh Persatuan
- Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli
biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang
sebarang jawatan dalam Persatuan;
- Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori 1)i) di atas akan
luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan
daripada perkhidmatan dengan Kerajaan;
- Keahlian seorang ahli bersekutu dalam kategori 1)ii) di atas akan
luput dengan sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada
perkhidmatan dengan Persatuan.
Ahli Gabungan
- Ahli gabungan terbuka kepada Persatuan wanita yang telah didaftarkan
di Kementerian/Jabatan dan diberi status yang sama seperti ahli biasa;
- Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja
Tertinggi (JKT) berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;
- Keahlian ahli gabungan juga terbuka kepada Persatuan yang mewakili
anggota wanita dalam Perkhidmatan Awam dan isteri anggota Perkhidmatan
Awam.
Ahli Kehormat
Yang DiPertua dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja
Tertinggi (JKT) boleh melantik ahli kehormat di kalangan wanita yang
difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli
kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.
Ahli Seumur Hidup
- Bekas Yang Dipertua secara automatik akan menjadi Ahli Seumur Hidup;
- Ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan;
- Ahli-ahli seumur hidup dari agensi-agensi Kerajaan yang telah
diswastakan, akan terus kekal menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi
atau memegang sebarang jawatan dalam Persatuan;
- Ahli seumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu
berhak menghadiri mesyuarat, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat
Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-mesyuarat Agung di
peringkat Cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi,
Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) dan Ahli Jawatankuasa Cawangan; "Lima
orang perwakilan daripada Ahli Seumur Hidup dipilih untuk menghadiri
Mesyuarat Agung Perwakilan".
Ahli Tidak
Hadir
Ahli biasa yang perlu berada di luar negera bagi
sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan.
Permohonan Menjadi Ahli
Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui
Borang Permohonan dan secara on-line, dan dihantar kepada Setiausaha
Cawangan yang berkenaan yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan
itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan tertentu untuk
pertimbangan. Ahli-ahli kakitangan kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di
negeri hendaklah menyalurkan permohonan kepada Setiausaha Cawangan negeri di
mana ia berkhidmat.
Permohonan-permohonan menjadi ahli di tempat di mana Cawangan berkenaan
belum ditubuhkan hendaklah diuruskan dengan mengisi borang atau secara
on-line kepada PUSPANITA Kebangsaan.
Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan berkuasa menerima atau menolok permohonan
menjadi ahli tanpa memberi apa-apa sebab.
Permohonan untuk Ahli Seumur Hidup hendaklah berurusan terus dengan
Setiausaha Agung PUSPANITA.
Larangan Menjadi Ahli
Seseorang pemohon yang layak menjadi ahli mengikut
syarat di perenggan 8.1 di atas tetapi masih menjadi seorang pelajar
universiti/kolej tempatan, tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan
kecuali mendapat kebenaran secara bertulis daripada Naib Canselor Universiti
atau Pengetua Kolej berkenaan;
Keahlian akan luput apabila suami seseorang ahli itu ataupun ahli itu
sendiri berhenti atau diberhentikan daripada berkhidmat dengan Kerajaan.
|