|
Latar Belakang |
|
Tarikh
Penubuhan
10 Ogos 1983
Penaung
Isteri Y. B. Menteri Pelajaran
Yang Mulia Tengku Datin Sri Marsilla bt. Tengku Abdullah
Penasihat
Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y. Bhg. Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang
Pengerusi
Isteri Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia
Y. Bhg. Puan Sri Datin Wan Norasiah bt. Che Jaafar |
|
Tujuan
Penubuhan |
- Merapatkan hubungan muhibah dan menyatupadukan
isteri-isteri dan anggota-anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat
perkhidmatan
- Menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta
kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan diri,
ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar-seminar dan kursus-kursus.
- Menggalak dan melibatkan ahli-ahli dalam
aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat
- Menganjurkan program untuk memungut derma dan sumbangan
bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan
|
|
Visi, Misi & Motto |
Visi :
Ke Arah PUSPANITA Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Misi :
Menjadi wanita berwawasan, berdaya saing, kualiti,
berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang
kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat sejagat.
Motto :
Wanita Sepakat Negara Meningkat
|
|
Dasar |
- Meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk
pembangunan negara di era K-ekonomi dan globalisasi
- Membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan
awam ke arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
- Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan
wanita ke arah pembangunan dan kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan
diri
- Mewujudkan silaturrahim antara wanita-wanita di
peringkat kebangsaan dan antarabangsa
- Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke
arah membenteras gejala sosial
- Mempertahankan hak asasi manusia khususnya wanita
|
|
Strategi |
- Meningkatkan jumlah keahlian
- Meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan di kalangan
ahli-ahli
- Mengadakan perkongsian pintar antara PUSPANITA dengan
badan-badan kerajaan dan swasta di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
- Menjana aktiviti yang menyokong dasar-dasar Kerajaan:
- Ke arah merealisasikan Wawasan 2020
- Mewujudkan masyarakat penyayang, sihat dan cergas
- Penerapan nilai-nilai murni
- Prihatin terhadap alam bina dan alam sekitar
|
|
Sumber
Kewangan |
- Subsidi Am
- Subsidi Aktiviti
- Yuran Tahunan Ahli
- Sumbangan / Derma
|
| Logo
Puspanita |
|


Definisi Logo Puspanita
| Bintang dan Sabit |
: |
melambangkan negara Malaysia di mana ahli-ahli
PUSPANITA akan bersatu tenaga |
| Buku |
: |
melambangkan ilmu dan kemahiran yang sentiasa perlu ditingkatkan |
| Bunga Padi |
: |
melambangkan kesatuan di antara ahli yang berbilang bangsa di
dalamnya |
| Bunga Raya |
: |
merupakan peranan persatuan dalam mencapai aspirasi dan objektif
pembangunan negara |
| P dan Fa |
: |
melambangkan kewanitaan |
| Warna Emas |
: |
adalah kepentingan kualiti yang ulung sebagai dasar
keunggunggulan |
| Warna Ungu |
: |
merupakan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli |
|
|
Lagu
Puspanita |
|
Lagu PUSPANITA
Bulan, bintang empat belas penjuru
Lambang keutuhan bersatu padu
Isteri, pegawai, kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu
Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri sama memberi kebajikan
Di samping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan
Bunga padi tanda keutuhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat
PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik diasah
Sifat kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah
Korus:
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
Lirik : Y. Bhg. Dr. Noor Laily Dato' Abu
Bakar
Muzik : En Ahmad Shah
|