Penaung

Puspanita Cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Tarikh Penubuhan

10 Ogos 1983

Penaung

Isteri Y. B. Menteri Pelajaran
Yang Amat Berbahagia Puan Sri Noorainee binti Abd Rahman

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Tahniah dan syabas kepada para pembangun Laman Web Puspanita Kementerian Pelajaran Malaysia atas usaha yang bersungguh dalam menghasilkan laman web yang begitu menarik dan padat dengan maklumat semasa dan ianya amat bermakna kepada semua ahli Puspanita. Saya amat berbangga dan gembira di atas inisiatif murni yang digerakkan oleh semua pihak bagi menzahirkan laman web ini.

Pada tanggal 14 April 2009 bersamaan hari Selasa, secara rasminya saya telah menjadi Penaung PUSPANITA Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru menggantikan YM Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah. Sudah pasti mencari Penaung sehebat YM Tengku sukar tetapi saya harap dengan kehadiran saya bagai 'Patah Tumbuh Hilang Berganti'. Syukur ke hadrat Illahi kerana saya diberikan kepercayaan penuh untuk menerajui tampuk pimpinan PUSPANITA KPM yang baru.

Saya begitu berbangga kerana berpeluang dalam bersama-sama menggembeling tenaga dan berganding bahu bersama semua ahli PUSPANITA KPM dalam menjayakan aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dirancang selama ini. Sebelum ini juga saya sudah sedia maklum bahawa PUSPANITA KPM merupakan persatuan yang amat aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan telah memberikan pelbagai faedah serta manfaat kepada semua ahlinya.

Saya rasa tanpa Pengerusi PUSPANITA KPM iaitu Puan Sri Datin Seri Hajah Wan Norasiah bt Che Jaafar pasti PUSPANITA KPM tidak se gah sekarang. Pengerusi juga telah banyak membawa perubahan kepada PUSPANITA KPM khususnya dan PUSPANITA Kebangsaan amnya. Beliau begitu bersemangat dan komitmen dalam setiap amanat beliau sebagai Pengerusi.

Saya mendoakan agar semua ahli bersatu hati dan bersama-samalah kita dalam memperkasakan moto PUSPANITA -

'Wanita Sepakat Negara Meningkat'

Amin...

 

Halaman Utama        Paparan Atas