 |
| |
Calon Pertandingan PSS Cemerlang Kebangsaan
2009
SMK Padang Midin akan mewakili negeri Terengganu ke peringkat
kebangsaan bagi tahun 2009 bagi kategori Sekolah Menengah Luar
Bandar. Sekolah ini juga merupakan sekolah Projek KPM -Intel yang
diperuntukan 1 CMPC bagi 1 pelajar bagi projek berkenan. Sila lawati
laman web SMK Padang Midin.
http://www.smkpm.net/
 
PKG Bukit Besar - Naib Johan Pertandingan Inovasi Peringkat BTP, KPM 2008
Projek Sistem Pengurusan Aplikasi Online
PKG Bukit Besar telah memenangi anugerah
Naib Johan peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Perbentangan Pertandingan
telah diadakan pada 13 Oktober 2008 di
Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Tahniah warga PKG Bukit Besar.
Baca Keratan Akhbar :Temuramah di TCC Kuala Terengganu
 

PKG Bukit Besar sebagai Pembentang Kertas
Kerja di Konvensyen PKG 2008
PKG Bukit Besar telah dipilih bagi menyertai
Konvensyen PKG 2008 yang akan diadakan di
Negeri Sembilan dan akan membentangkan
kertas kerja bertajuk " Sistem Pengurusan ONLINE satu
kekuatan Pengurusan di PKG Bukit Besar"
Baca selanjutnya...
 
|
| |
Program Perancangan Strategik PSS Cemerlang
2008 di Suria Merang Resort
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Terengganu dengan kerjasama JPNT telah
diadakan di Suria Merang Resort, Setiu
Terengganu. Program ini telah diadakan pada
24 - 25 Mei 2008.
Program ini dikendalikan oleh Ketua Sektor
Unit Matematik Sains JPNT, En Mohammad
Tawang. Peserta terdiri dari semua GPM yang
akan mewakili Terengganu dalam Pertandingan
PSS Cemerlang dan Pkg sekolah daerah
berkenaan.
Selama 2 hari Peserta didedahkan dengan
keadah merancang kekutan melalui perancangan
strategik dan pelan taktikal. Cik Juraida
Umat, Ketua Unit PSP BTPNT selaku Ketua
Program juga memberi pendedahan bagaimana
melaksanakan NILAM dengan berkesan.
 
|
| |
Program Pembudayaan Literasi ICT di SK Tok
Randok
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Terengganu telah menganjurkan Program
Penggunaan dan Pembudayaan ICT di SK Tok
Randok. Program bermula 12 - 14 April adalah
julung kali BTPNT mengajurkan program yang
sebegini. Selama 3 hari berlangsung,
sambutan amatlah hangat.
PKG Bukit Besar diberi tanggung jawab
merancang dan mengendalikan Program Hand-On
dan latihan ICT. Khidmat nasihat ICT juga
diberkan melaui Program " Tanya kami masalah
ICT sekolah Anda". Selain dari itu sesi
latihan pendek juga diberi kepada
penggunjung secara walk In.
 
 |
| |
Projek
Networking PSS oleh PKG
PKG Bukit Besar melalui pasukan khidmat
bantu ICT telah melaksanakan Projek
Networking dan Internet Akses ke Pusat
Sumber Sekolah. Khidmat bantu ini melibatkan
projek secara cabling atau wireless.
Unit ICT JPNT telah bersetuju membekalkan
alatan dengan percuma kepada semua sekolah
Zon PKG Bukit Besar yang telah dilatih
.
...senarai sekolah yang telah terlibat
... maklumat selanjutnya
 
 |
| |
Perpustakaan
PKG
Terdapat kira-kira 1946 bahan yang terdiri dari buku,
CD audio, VCD, CDRI, CD Etems, kajian tindakan dan lain-lain. Menggunakan Sistem
Barkod bagi melancarkan proses Peminjaman dan pemulangan
bahan.
Perpustakaan PKG juga telah dilengkapkan dengan kemudahan
Internet. Satu pusat rujukan ETEMS akan diwujudkan di
perpustakaan bagi memberi rujukan kendiri kepada Guru.
....maklumat selanjutnya
[borang
keahlian perpustakaan]
[Sistem Remote Katalog Perpustakaan]
 
 |
|
|