zz
   M - -  
 

Paparan Menarik:
Internet Explorer 5.0
saiz resolusi 1024 x 768 Pixel


Manual Permohonan Melalui Internet (PMI)


Sila cetak halaman ini untuk rujukan, jika perlu.

1. Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan
    kemudahan PMI.


2. Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)

       A. Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)

       B. Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

       C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)

       D. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.

       E. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

       F. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/ Tamil (SMJKC/T).
    

 3. Cara Permohonan.

  i.   Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang
          bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan.

       Kaunselor/guru mengisi borang pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi
          pada ruangan yang berkenaan dan menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad
          pengenalan mereka. Borang pesanan ditunjukkan di kaunter Bank Simpanan
          Nasional(BSN).
          Senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka diberikan kepada
          kerani kaunter di BSN untuk tujuan merekodkan nombor kad pengenalan pada resit
          BSN dan diambil kembali selepas urusan merekod selesai.

  ii.  Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad
          akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
       Sila ikut arahan yang tertera di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM.
       Nombor PIN akan tercetak di slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.

       Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad
          Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga
          (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa
          untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.

       Kaunselor/guru akan kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap
          pelajar. Bayaran dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM' dengan
          nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN
          ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)

       Kaunselor/guru pastikan maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang
          sepatutnya. Maklumat mesti tercetak pada resit BSN ialah:
          Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian Tinggi, BPG dsbnya)
          Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
          Nombor Kad Pengenalan Pelajar
          Nombor PMI 5 Digit.

       Pelajar menerima salinan resit BSN daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon
          dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di
          http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2010 dengan
          memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI.



Dibangunkan untuk Bahagian Matrikulasi (BMKPM) oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
Kementerian Pelajaran Malaysia 2010