|
e-PEMOHONAN
KPLI & KPLI j-QAF
Sila
klik untuk melihat maklumat-maklumat berikut:- | ||||
| 1. | Syarat dan Kelayakan Asas | |||
| 2. | Syarat Tambahan | |||
| 3. | Calon Yang Tidak Layak Memohon | |||
| 4. | Bidang Pengajian Ditawar | |||
| 5. | Cara Memohon | |||
| 6. | Makluman dan Perhatian | |||
| 7. | Tarikh Tutup Permohonan | |||
| 8. | Pendaftaran | |||
| 9. | Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru | |||
| 10. | Alamat Bahagian Pendidikan Guru | |||
| A. IKLAN PERMOHONAN | ||
| Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mode Sepenuh Masa atau Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah di Institut Pendidikan Guru. | ||
| 1. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS |
| 1.1 | Kewarganegaraan | ||
| Pemohon mestilah warganegara Malaysia pada tarikh iklan disiarkan. | |||
| 1.2 | Umur | ||
| a. | Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974 | ||
| 1.3 | Kelayakan Akademik | ||
| 4. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN |
| 4.1 | KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) SEPENUH MASA AMBILAN JUN 2009. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.1.1 | Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.2 | KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SEKOLAH RENDAH) j-QAF MODE LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH AMBILAN JUN 2009. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.2.1 | Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5. CARA MEMOHON |
5.1 |
Permohonan untuk mengikuti program ini hanya boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my | |
5.2 |
Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara mulai 16 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini. |
|
5.3 |
Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. Nombor PIN ini juga digunakan untuk membuat semakan keputusan permohonan. | |
| 6. MAKLUMAN DAN PERHATIAN |
6.1 |
Pemohon
dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja. |
|
6.2 |
Calon bagi Ambilan Januari 2010 yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) pada 28 Mac 2009
dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
(Sila rujuk Kalendar Aktiviti Proses Permohonan 2009 di dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)
|
|
6.3 |
Maklumat mengenai panduan dan status permohonan boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL, http://www.moe.gov.my |
|
| 6.4 |
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian. |
|
6.5 |
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon |
|
| 6.6 |
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. |
|
6.7 |
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. |
|
|
6.8
|
Program Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah dijalankan secara penempatan terus di sekolah rendah dan pengajian latihan perguruan akan dijalankan di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan semasa cuti persekolahan. Tempoh pengajian adalah selama 18 bulan dan berkhidmat di sekolah berkenaan tidak kurang daripada tiga tahun selepas tamat pengajian. |
|
6.9 |
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | |
6.10 |
Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp |
| 7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
Permohonan bagi Ambilan Jun 2009 ditutup pada 1 Mac 2009. |
||
| 8. PENDAFTARAN |
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. |
||
| 9. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU |
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. |
||
| 10. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
| Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut: | |||
| Bahagian Pendidikan Guru Paras 3, Blok E13, Parcel E Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya ( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar ) |
Nombor Telefon : | 03-88841233 |
|
| Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sabah d/a Institut Perguruan Gaya 88300 Kota Kinabalu, Sabah |
Nombor Telefon : | 088–236804 | |
| Urus Setia Bahagian Pendidikan Guru Cawangan Sarawak Jalan Kolej 93250 Kuching, Sarawak |
Nombor Telefon : | 082 – 258045 | |
|