|
-
|
|
|
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (KDP)
14 MINGGU BAGI JULAI 2007 |
| 1. PELAWAAN |
| Permohonan adalah dipelawa daripada guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan untuk mengikuti kursus tersebut di atas. |
| 2. OBJEKTIF | ||
| Secara umumnya, peserta-peserta yang tamat kursus nanti dijangka akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ilmu keguruan dan meninggikan lagi kepakaran dalam pengkhususan masing-masing. | ||
| 3. PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON | ||
3.1 |
Pemilihan peserta-peserta kursus adalah melalui permohonan. |
|
3.2 |
Kursus yang ditawarkan bagi KDP 14 Minggu, Ambilan Julai 2007 adalah seperti LAMPIRAN A. | |
| 4. KETERANGAN PROGRAM | ||||
4.1 |
Nama Kursus | : | Kursus dalam Perkhidmatan 14 Minggu (KDP 14 Minggu) |
|
4.2 |
Tempoh Kursus | : | 9 Julai hingga 12 Oktober 2007 | |
4.3 |
Tempat | : | Institut Pendidikan Guru berkaitan |
|
| 5. KELAYAKAN DAN SYARAT PERMOHONAN | ||||
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut: |
||||
5.1 |
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan. |
|
5.2 |
Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Julai 2007. | |
5.3 |
Tidak terlibat dengan apa jua aktiviti yang boleh menjejaskan kehadiran sepanjang kursus dijalankan. |
|
5.4 |
Berkaitan dengan bidang tugas dalam perkhidmatan semasa. | |
5.5 |
Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib. | |
5.6 |
Tidak mengikuti mana-mana kursus anjuran Kementerian Pelajaran pada masa mengemukakan permohonan. |
| 6. CARA MEMOHON | ||
| 6.1 |
Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian sahaja. Permohonan ini boleh dibuat melalui mana-mana komputer yang ada capaian Internet | |
| 6.2 |
Permohonan Dalam Talian ini boleh dibuat
melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti
berikut: http://www.emoe.gov.my. Pemohon
diminta dan dinasihatkan membaca dahulu e-Panduan Permohonan untuk membolehkan
permohonan sebenar dibuat dengan mudah dan betul. |
|
| 6.3 |
Semua permohonan hendaklah disokong oleh Guru Besar/Pengetua dan melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing. | |
| 7. TARIKH TUTUP | |
| Semua permohonan hendaklah dibuat sebelum atau pada 30 Ogos 2006. | |
| 8. GAJI DAN ELAUN | |
| Semasa berkursus peserta layak mendapat cuti belajar bergaji penuh dan elaun sara hidup, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang terkini. | |
| 9. KEMUDAHAN PENGINAPAN | ||||
| Pihak maktab tidak tertakluk bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta. Sekiranya kemudahan penginapan disediakan, peserta kursus dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh maktab berkaitan. | ||||
| 10. TAWARAN KURSUS | |
| Pemohon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri sahaja yang akan ditawarkan berkursus. |
|
| 11. PERHATIAN | ||
11.1 |
Seorang calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja |
|
| 11.2 |
Calon yang tidak menerima sebarang maklumat daripada Bahagian Pendidikan Guru dalam tempoh satu minggu dari tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Tiada surat menyurat akan dibuat mengenainya. | |
|
||
Bahagian Pendidikan Guru |
Kementerian Pendidikan Malaysia. |
Aras 2-6 , Blok E13 |
Kompleks Kerajaan Parcel E |
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan |
PUTRAJAYA |
| KOD |
BIDANG KURSUS |
TEMPAT KURSUS |
| 14M01 | Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu | Institut Perguruan Kota Bharu |
| 14M02 | Pemulihan dalam Pendidikan Bahasa Melayu | Institut Bahasa Melayu Malaysia |
| 14M04 | Media dalam Pendidikan Bahasa Melayu | Institut Bahasa Melayu Malaysia |
| 14M07 | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran | Institut Perguruan Kota Bharu Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka |
| 14M08 | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran | Institut Perguruan Ilmu Khas |
| 14M10 | Pendidikan Bahasa Inggeris | Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Institut Perguruan Kuala Terengganu Institut Perguruan Gaya Institut Perguruan Batu Lintang |
| 14M11 | Pemulihan dalam Matematik | Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Institut Perguruan Tun Abdul Razak |
| 14M12 | Media dalam Pendidikan Islam | Institut Perguruan Islam Institut Perguruan Kuala Terengganu |
| 14M13 | Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan | Institut Perguruan Darul Aman Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang Institut Perguruan Batu Pahat Institut Perguruan Perempuan Melayu Institut Perguruan Gaya Institut Perguruan Batu Lintang |
| 14M16 | Pengurusan Pusat Sumber | Institut Perguruan Ilmu Khas Institut Perguruan Darul Aman |
| 14M17 | Pendidikan Bahasa Arab Komunikasi | Institut Perguruan Islam |
| 14M18 | Pendidikan Muzik | Institut Perguruan Perlis |
| 14M19 | Rethinking classroom assessment - primary | English Language Teaching Centre |
| 14M20 | Reader to Reading teacher - secondary | English Language Teaching Centre |