1. |
Kementerian
Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah/Lepasan Diploma yang sedang berkhidmat di sekolah menengah
dan rendah Kementerian Pelajaran Malaysia memohon mengikuti Kursus
KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme. |
| |
|
2. |
Keterangan Kursus |
|
Nama Kursus : |
|
KDP 14 Minggu Peningkatan Profesionalisme |
|
|
|
Tempoh Pengajian : |
|
KDP14M : 13/14 Julai - 16/17 Oktober 2008 |
|
|
| |
2.1 Maklumat terperinci mengenai
bidang kursus yang ditawarkan mengikut Institut Perguruan adalah
seperti dalam perkara 4. |
| |
|
3. |
Syarat dan
Kelayakan Am |
|
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat
seperti berikut: |
| |
3.1. Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun pada 1 Julai 2008. |
| |
3.2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional). |
| |
3.3. Memiliki Ijazah atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah |
| |
3.4. Memiliki Sijil Perguruan Asas/Diploma Perguruan yang diiktiraf
oleh Kerajaan Malaysia bagi pegawai perkhidmatan bukan siswazah/lepasan diploma. |
| |
3.5. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat dengan
Kerajaan Malaysia. |
| |
3.6. Telah disahkan dalam jawatan. |
| |
3.7. Tidak mengikuti sebarang Kursus Dalam Perkhidmatan yang lain
semasa membuat permohonan termasuk Pendidikan Jarak Jauh KPM . |
| |
3.8. Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang akan mengganggu
kehadiran semasa mengikuti kursus tersebut. |
| |
3.9. Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib. |
| |
3.10. Umur tidak melebihi 48 tahun pada atau sebelum 1 Julai 2008.
|
| |
|
4. |
KDP 14M Peningkatan Profesionalisme Ambilan Julai 2008 |
|
Bidang
dan Pusat Kursus
KOD |
BIDANG KURSUS |
PUSAT KURSUS |
14M01 |
Pengayaan dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SM/SR) |
IP Kota Bharu
IP Bahasa Melayu Malaysia |
14M02 |
Pemulihan dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SM/SR) |
IP Bahasa Melayu Malaysia |
14M04 |
Media dalam Pendidikan Bahasa Melayu (SM/SR) |
IP Bahasa Melayu Malaysia |
14M07 |
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SM/SR) |
IP Perempuan Melayu Melaka |
| IP Kota Bharu |
14M08 |
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SM/SR) |
IP Ilmu Khas |
14M10 |
Pendidikan Bahasa Inggeris (SM/SR) |
IP Darulaman |
| IP Bahasa-Bahasa Antarabangsa |
| IP Temenggong Ibrahim |
| IP Kuala Terengganu |
| IP Gaya |
| IP Batu Lintang |
14M11 |
Pemulihan dalam Matematik (SM/SR) |
IP Temenggong Ibrahim |
| IP Tun Abdul Razak |
14M12 |
Media dalam Pendidikan Islam (SM/SR) |
IP Islam |
| IP Kuala Terengganu |
14M13 |
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan (SM/SR) |
IP Darulaman |
| IP Persekutuan Pulau Pinang |
| IP Sultan Abdul Halim |
| IP Tun Hussein Onn |
| IP Perempuan Melayu Melaka |
| IP Gaya |
| IP Batu Lintang |
14M16 |
Pengurusan Pusat Sumber (SM/SR) |
IP Ilmu Khas |
| IP Darul Aman |
14M17 |
Pendidikan Bahasa Arab Komunikasi (SM/SR) |
IP Islam |
14M18 |
Pendidikan Muzik (SM/SR) |
IP Perlis |
14M22 |
Qiraat dan Taranum (SM/SR) |
IP Islam |
|
| |
|
5. |
Cara Mengemukakan
Permohonan |
| |
5.1. Permohonan KDP14M Peningkatan Profesionalisme boleh dibuat secara dalam
talian sahaja dengan melayari internet di alamat URL http://www.moe.gov.my.
Pemohon dinasihatkan melawati dan melayari dahulu laman web tersebut untuk meneliti
e-panduan permohonan dan memahami dahulu cara-cara mengemukakan
permohonan secara dalam talian ini. |
| |
5.2. Permohonan boleh dibuat mulai 21 Mei 2008. |
| |
5.3. Calon perlu cetak borang permohonan yang
telah diisi dan dihantar ke Jabatan Pelajaran
Negeri. Permohonan perlu mendapat perakuan Pengetua/Guru Besar
dan sokongan Pengarah Pelajaran Negeri. Setiap pemohon hanya dibenar
mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan yang melalui JPN sahaja yang akan diproses. |
| |
5.3.1. Calon perlu melampirkan kad pengenalan, sijil akademik dan dokumen-dokumen sokongan yang lain yang telah disahkan semasa mengemukakan permohonan kepada JPN. |
| |
5.3.2. Calon dikehendaki menyimpan satu salinan borang permohonan yang telah dicetak untuk rujukan peribadi. |
| |
|
6. |
Tarikh Tutup
Permohonan |
|
Permohonan KDP14M Peningkatan Profesionalisme ambilan
2008 ini ditutup pada 12 Jun
2008. |
| |
|
7. |
Semakan
Tawaran |
|
7.1 Semakan permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 1 Julai 2008. |
| |
7.1.1 Calon yang berjaya dikehendaki memberikan maklum balas penerimaan tawaran secara online sebelum
8 Julai 2008. Bagi calon yang gagal berbuat demikian dianggap sebagai menolak tawaran. |
|
7.2 Calon yang berjaya dikehendaki mendaftar di Institusi Perguruan yang berkenaan pada 13 Julai
2008 bagi negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dan 14 Julai 2008 bagi negeri-negeri lain.
|
|
Sila bawa bersama: |
|
7.2.1. Surat tawaran yang dicetak. |
|
7.2.2. Sijil/Diploma Perguruan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang
berkaitan (Sijil asal). |
| |
|
| 8 |
Kemudahan Penginapan |
| |
8.1 Pihak Institut tidak tertakluk bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta. Sekiranya kemudahan penginapan disediakan, peserta kursus dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Institut berkaitan. |
| |
|
9. |
Gaji Dan Elaun |
| |
9.1 Semasa berkursus peserta akan dianugerahkan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP). |
| |
9.2 KDP 14M : Elaun dan tuntutan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang terkini. |
| |
9.3 Semasa berkursus peserta akan kehilangan Elaun Wilayah, Elaun Sewa Rumah dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP). |
| |
|
| |
|
| Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut: |
| |
|
| |
|
| |
PENGARAH |
| |
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU |
| |
JABATAN SEKOLAH |
| |
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
| |
ARAS 2-6, BLOK E 13, |
| |
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN |
|
62604 PUTRAJAYA |
| |
|
| |
Telefon : |
| |
En. Mohamed Razi Mohd. Suradi |
03-88841311 |
|
|
| |
|
| |
Fax |
| |
03-88893570 |
| |
|