Sektor  

Sektor Pengurusan Sekolah

Sektor Pengurusan Akademik
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
  Bahagian Hal Ehwal Murid
  Bahagian Sukan
  Bahagian Kokurikulum
  Bahagian Buku Teks
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan
Sektor Penilaian & Peperiksaan
Sektor Jaminan Kualiti
Sektor Pendidikan Khas & Swasta
Sektor Teknologi Maklumat & Komunikasi
Sektor Kaunseling & Keutuhan

Visi

Pengurusan aktiviti khidmat bantu dan pembangunan pelajar yang berkualiti sistematik, cekap dan berkesan ke arah peningkatan kesejahteraan dan perkembangan potensi pelajar yang menyeluruh.

Misi

Melaksanakan, program khidmat bantu dan pembangunan pelajar secara cekap, berkesan, sistematik dan amanah untuk melahirkan individu yang berakhlak mulia, berkhemah tinggi, cergas dan patriotik.

Matlamat

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan terdiri daripada Bahagian Hal Ehwal Murid dan Bahagian Kokurikulum. Sektor ini bermatlamat mempertingkatkan kualiti pendidikan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individual, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para pelajar serta memperkukuhkan integrasi di kalangan pelajar.
Peluang secukupnya diberi kepada pelajar-pelajar untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat, serta kemahiran masing-masing.

Objektif

  1. Memastikan golongan murid dari keluarga berpendapatan rendah boleh mengikuti pendidikan formal secara optimum melalui pelaksanaan pelbagai program khidmat bantu seperti berikut:
  • Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
  • Program Susu Sekolah (PSS)
  • Skim Baucar Tuisyen (SBT)
  • Skim Bantuan Pakaian Seragam
  • Skim Bantuan Makanan Asrama
  • Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
  • Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
  • Bantuan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
  1. Mengembangkan potensi diri dan kerjaya murid melalui program bimbingan dan kaunseling
  2. Meningkatan disiplin dan daya tahan diri murid melalui pelaksanaan pelbagai program bimbingan dan pendidikan pancegahan.
  3. Memastikan kebajikan dan keselamatan pelajar dijaga ketika berada di sekolah dan semasa menjalankan aktiviti pendidikan yang diluluskan di luar sekolah.
  4. Meningkatkan dan menjaga kesihatan murid dengan pelaksanaan program-program kebersihan dan kesihatan melalui program-program Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan agensi-agensi lain
  5. Meningkatkan keselamatan dan keceriaan di sekolah supaya kondusif dan selesa untuk pengajaran pembelajaran.
  6. Meningkatkan kecergasan dan disiplin murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui program-program pembangunan sukan dan permainan.
  7. Meningkatkan kecergasan, disiplin dan daya kepimpinan murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui program-program kokurikulum.

Fungsi Utama

Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan terdiri daripada Hal Ehwal Murid, Bahagian Sukan, Bahagian Kokurikulum dan Bahagian Buku Teks. Fungsi sektor ini adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan pelbagai program khidmat bantu:
    • Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
    • Skim Bantuan Makanan Asrama
    • Skim Bantuan Pakaian Seragam
    • Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
    • Projek Susu Sekolah (PSS)
    • Program Biasiswa
    • Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
    • Skim Baucer Tuisyen (SBT)
  • Melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan dan permainan serta program- program kokurikilum untuk meningkatkan kecergasan, disiplin, daya kepemimpinan dan memperkembangkan potensi pelajar.
  • Melaksanakan pelbagai program pembangunan, program bimbingan & kaunseling dan pendidikan pencegahan untuk meningkatkan disiplin, daya tahan diri dan memperkembangkan potensi diri pelajar.
  • Melaksanakan pelbagai program kesihatan untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan kesihatan pelajar.
  • Melaksanakan program-program keselamatan serta program keceriaan untuk meningkatkan keselamatan dan keceriaan di sekolah.

 

[ Carta Organisasi ]

Hakcipta Terpelihara JPNSarawak
Privasi / Dasar Keselamatan
Penafian:
Ini adalah laman web rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman in