| Visi
Pengurusan
kurikulum yang cemerlang dalam membimbing dan membangun profesionalisme
guru ke arah pelaksanaan kurikulum yang berkesan.
Misi
Memastikan
pengurusan kurikulum dan pembangunan guru yang berkualiti, bersepadu
dan mapan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum
di sekolah
Matlamat
Untuk
memastikan kurikulum dan program pendidikan yang dirancang oleh
Kementerian Pelajaran dilaksanakan di peringkat negeri Sarawak
dengan mantap dan berkesan.
Objektif
- Memastikan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan di
semua peringkat persekolahan.
- Memastikan
kurikulum dilaksanakan dengan mantap dan berkesan di semua peringkat
persekolahan.
- Memastikan
penyelarasaan dan pemantauan program-program sokongan kurikulum
dapat mempertingkatkan prestasi akademik.
- Memastikan
bimbingan dan pembangunan profesionalisme untuk semua guru dan
pegawai dilaksanakan dengan berkesan dan berterusan.
- Memastikan
maklumat-maklumat berhubung dengan kurikulum dan pengajaran
dan pemelajaran disebarkan kepada sekolah-sekolah.
- Memastikan
pengelolaan pelbagai aktiviti kokurikulum dijalankan dengan
jaya dan licin.
Fungsi
Utama Sektor
- Membuat
pengesanan dan pemantauan pelaksanaan kurikulum.
- Membuat
perancangan dan melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan.
- Mengurus
dan melaksanakan kurikulum secara berkesan.
- Membuat
kajian dan analisis tentang impak kursus-kursus yang dijalankan.
- Membuat
perkongsian pintar dengan jabatan atau agensi lain.
[
Carta Organisasi ] |