Sektor

Sektor Pengurusan Sekolah

Sektor Pengurusan Akademik
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral
Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan
Sektor Jaminan Kualiti
  Pengurusan Kualiti
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Sektor Pendidikan Khas & Swasta
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sektor Kaunseling dan Keutuhan
   
 

Objektif Sektor Jaminan Kualiti

  1. Meningkatkan kompetensi dan pengalaman semua pegawai di Sektor Jaminan Kualiti dalam bidang pengurusan pendidikan sebagai pakar rujuk kepada pengurus-pengurus sekolah (Pengetua dan Guru Besar).
  2. Memberi bimbingan secara berterusan kepada pengurus sekolah untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah.
  3. Memastikan pengurus sekolah menerima latihan (coaching) secara hands-on secukupnya dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran.
  4. Membangunkan sekumpulan pengurus sekolah yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus sekolah yang lain – coaching partnership.
  5. Membudayakan kajian tindakan dalam pengurusan pendidikan untuk melahirkan pelbagai kaedah kepemimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkualiti.
  6. Mengindoktrinkan pemikiran pengurus sekolah bagi menzahirkan jati diri sebagai pemimpin instruksional.

Fungsi Sektor Jaminan Kualiti

1. Pentaksiran dan Penilaian

  • Melaksanakan mekanisma untuk mengesan kelemahan dan kekuatan pengurusan dan pentadbiran sekolah berfokuskan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  • Membuat pentaksiran dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program pendidikan untuk murid, iaitu program akademik dan program pembangunan kemanusiaan.
  • Melaksanakan penilaian untuk keberkesanan program profesional keguruan (Program Perkembangan Staf).
  • Membuat penilaian pelbagai program sokongan pendidikan.
  • Memberi bimbingan dan sebagai mentor kepimpinan ke atas pentadbiran sekolah untuk meningkatkan kualiti pengetua dan guru besar kepada standard yang ditetapkan.

2. Penyeliaan Mental Pendidikan

  • Mengindoktrinkan pemikiran pentadbir sekolah bagi menzahirkan jati diri memimpin proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih kaedah berfikir untuk membuat perancangan pelaksanaan persekolahan yang relevan dengan impak pembinaan insan murid.
  • Menggerakkan perubahan pemikiran (anjakan minda) supaya berfikiran terbuka (Thinking outside the box), proaktif, kritis dan kreatif.

3. Mengekal Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

  • Memberi bimbingan berterusan untuk membentuk sistem pengurusan sekolah secara profesional.
  • Mengekal dan meningkatkan kualiti kepimpinan instruksional.
  • Berkongsi pengalaman dan kejayaan pengurusan sekolah sebagai budaya memperkasakan kepimpinan sekolah.

4. Mengamalkan Penyelidikan

  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menjalankan aktiviti penyelidikan khususnya kajian tindakan dalam melaksanakan dasar dan keputusan.
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah menguasai kemahiran membuat analisis maklumat untuk membentuk strategi dan pendekatan peningkatan kualiti penyampaian bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Melatih dan membimbing pentadbir sekolah membuat keputusan berteraskan kepada fakta dan maklumat menyeluruh.

[Carta Organisasi]

Hakcipta Terpelihara JPNSarawak
Privasi / Dasar Keselamatan
Penafian:
Ini adalah laman web rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman in