|
Pengenalan
MaCS
ialah nama singkatan bagi Program Managing Challenging Schools
di Sarawak. Program ini merupakan suatu usaha bersepadu
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak untuk menangani cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam usaha untuk mempertingkatkan
prestasi pencapaian sama ada dari segi kuantiti atau kualiti.
Program
MaCS telah dimulakan pada tahun 2005 dan pada masa itu tumpuannya
hanyalah kepada sekolah-sekolah menengah yang berprestasi
rendah dalam penilaian PMR. Pelaksanaan program MaCS pada
tahun 2005 telah menunjukkan keberkesanan yang ketara dalam
pencapaian keputusan PMR pada hujung tahun 2005.
Ciri-ciri MaCS
MaCS
mempunyai ciri-ciri yang berikut :
- mewujudkan
suatu visi masa depan organisasi.
- mewujudkan
senario untuk pembangunan masa depan dan bukan hanya merancang
untuk melakukan perkara yang sama bagi satu
tempoh masa.
- berorientasikan
masa depan dan bukan pada situasi semasa.
-
penekanan kepada strategi dan bukan hanya taktik.
Matlamat
Program MaCS
Program
MaCS digubal untuk memantapkan kepemimpinan sekolah ke arah
meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam akademik.
Matlamat utama program MaCS adalah berlandaskan perancangan
strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (GeMS) seperti
yang berikut:
-
semua sekolah menjadi sekolah berkesan.( M1)
-
semua murid mendapat pendidikan terbaik daripada guru
yang berkualiti.(M2)
-
kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti
di semua peringkat.(M3)
-
semua sekolah dan murid mempunyai ekuiti dan akses yang
saksama untuk kecemerlangan dan pembangunan masa depan.(M4)
-
penggunaan bahasa Melayu dipertingkatkan di semua peringkat
pendidikan. (M5)
Objektif
Program MaCS
- meningkatkan
akauntabiliti Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru
Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru terhadap
pencapaian akademik sekolah
-
meningkatkan interaksi dan perkongsian pengalaman dalam
kalangan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan
Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan guru.
-
meningkatkan tahap kemahiran pengurusan strategik terutamanya
dalam pengurusan kurikulum dan sumber.
- meningkatkan
prestasi UPSR,PMR, SPM (kualiti dan kuantiti)
Modus
Operandi Program MaCS
Pelaksanaan
program ini melibatkan pegawai-pegawai dari pelbagai sektor
di Jabatan, Pejabat Pelajaran Gabungan, Pejabat Pelajaran
Daerah Kecil dan juga pihak pengurusan sekolah. Pendekatan
bersepadu begini merupakan usaha menjana idea untuk merangka
strategi yang relevan seperti mesyuarat, bengkel, lawatan
penandaras bagi pihak pengurusan sekolah yang dikenal pasti
dengan harapan yang berkenaan dapat memantapkan peranan
mereka sebagai pemimpin yang berkesan di sekolah.
Untuk
memastikan program ini memberi impak kepada keberkesanan
dalam pengurusan dan pelaksanaan kurikulum di sekolah, program
pemantauan telah dirangka dan dilaksanakan untuk mengesan
status pelaksanaan program MaCS di sekolah-sekolah yang
terlibat.
Perkongsian
Pintar/ Latihan/ Bengkel/ Mesyuarat
-
Rancangan Pemajuan Sekolah
-
Perancangan Strategik
-
Perancangan Taktikal
-
Pelan Operasi
-
Headcount, markah Base-line, TOV dan ETR
-
Kepimpinan Instruksional
- Pemantauan/
penyeliaan berterusan program (sekolah)
Sasaran
: Semua pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Pengurusan,
Guru Kanan, Ketua Panitia
- Lawatan
Penanda arasan
- Lawatan
Pemantauan Berkala
-
pelaporan
-
Tindak susul
-
Pengiktirafan
Pemantau
– Pegawai-pegawai JPN, PPG, PPDK, Pengetua Cemerlang,
Guru Cemerlang.
- Pengiktirafan(Sekolah-sekolah
yang mencapai peningkatan prestasi pencapaian)
- Penganugerahan
- Perkongsian
pengalaman
Cabaran
Program
MaCS dirancang bagi memastikan semua sekolah menjadi sebuah
organisasi yang berwibawa dan unggul dalam semua aspek perkhidmatan
dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pencapaian akademik
dalam peperiksaan awam dan setanding dengan negeri-negeri
lain di Malaysia.
Program
MaCS amat menuntut komitmen semua pihak sama ada di dalam
atau di luar organisasi. Pendidikan berkualiti dan sekolah
gemilang haruslah menjadi agenda utama dalam usaha melahirkan
modal insan yang berkualiti, berdaya saing dan mempunyai
daya ketahanan yang tinggi selaras dengan Wawasan Gemilang
Sarawak. |