| GeMS
(Gerakan
Memperkasakan Sekolah)
Pengenalan
GeMS
ialah nama singkatan bagi Gerakan Memperkasakan Sekolah Sarawak. Gerakan
ini merupakan suatu bentuk pengurusan strategik untuk menetapkan hala
tuju Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak. Perancangan Strategik GeMS akan
dijadikan panduan pelaksanaan program jabatan kepada semua warga pendidik
dalam tempoh lima tahun.
Secara
umum, GeMS menekankan empat perkara utama iaitu penggubalan rancangan
GeMS, pelaksanaan pelan tindakan GeMS, pemantauan pelaksanaan dan pelaporan
prestasi GeMS serta penilaian pelan tindakan GeMS untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan. Dalam gerakan ini seluruh warga pendidik terlibat dalam
mengenal pasti cabaran, isu-isu utama dan sasaran strategik serta merangka
pelan tindakan bagi menangani isu-isu berkenaan.
Pendekatan
GeMS
Pendekatan
GeMS melibatkan lima langkah seperti yang berikut:
- menilai
persekitaran luaran yang melibatkan peluang dan cabaran terhadap organisasi.
- menilai
kemampuan masa kini organisasi untuk mengambil peluang dan menyahut
cabaran tersebut.
- mengenal
pasti misi utama organisasi.
- membina
satu senario persekitaran pada masa depan dan kemampuan organisasi menyahut
cabaran tersebut secara realistik.
- membandingkan
keadaan masa kini dengan prospek masa depan dan menyediakan ruang bertindak
untuk mengurangkan jurang antara kedua-duanya.
Ciri-ciri
GeMS
GeMS
mempunyai ciri-ciri yang berikut :
-
penekanan kepada mewujudkan suatu visi masa depan organisasi.
- mewujudkan
senario untuk pembangunan masa depan dan bukan hanya merancang untuk
melakukan perkara yang sama bagi satu tempoh masa.
- berorientasikan
masa depan dan bukan pada situasi semasa.
- penekanan
kepada strategi dan bukan taktik.
- satu
proses berterusan untuk mencari “new rules of the game”
dan membolehkan organisasi menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
sentiasa berubah.
Fokus Perancangan Strategik GeMS
- GeMS
digubal untuk menentukan haluan dan merealisasikan fokus Jabatan Pelajaran
Negeri Sarawak seperti yang berikut :
- memperkasakan
sekolah. (F1)
- memartabatkan
profesion keguruan. (F2)
- meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran
pendidikan. (F3)
- merapatkan
jurang pendidikan. (F4)
- memartabatkan
penggunaan bahasa Melayu. (F5)
- Lima
fokus GeMS adalah berlandaskan tujuh fokus utama Kementerian Pelajaran
Malaysia seperti yang berikut :
- memartabatkan
profesion keguruan.
- pembestarian
sekolah.
- memperkasakan
Sekolah Kebangsaan.
- meningkatkan
kecemerlangan Institusi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Swasta.
- merapatkan
jurang pendidikan.
- memartabatkan
bahasa Melayu.
- meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan.
Matlamat Perancangan Strategik GeMS
Pengurusan
GeMS Sarawak 2006-2010 bermatlamat memperkasakan semua sekolah di negeri
Sarawak untuk melahirkan murid berkualiti yang mempunyai ketahanan diri
dan daya saing yang tinggi.
- Matlamat
fokus Perancangan Strategik Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak adalah
seperti yang berikut:
- semua
sekolah menjadi sekolah berkesan.( M1)
- semua
murid mendapat pendidikan terbaik daripada guru yang berkualiti.(M2)
- kepimpinan,
pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti di semua peringkat.(M3)
- semua
sekolah dan murid mempunyai ekuiti dan akses yang saksama untuk kecemerlangan
dan pembangunan masa depan.(M4)
- penggunaan
bahasa Melayu dipertingkatkan di semua peringkat pendidikan. (M5)
Objektif
Perancangan Strategik GeMS
- Menyediakan
sistem pengurusan organisasi yang baik dan terancang dari aspek dalaman
ataupun persekitarannya.
- Menyediakan
peluang penglibatan semua warga pendidik dalam proses pemikiran dan
mengurangkan tekanan serta tentangan kepada sebarang perubahan yang
dicadangkan.
- Mengenal
pasti isu-isu utama yang dihadapi.
- Membuat
keputusan yang sesuai tentang tindakan yang akan diambil.
- Membuat
keputusan secara sistemik dengan menggunakan maklumat terbaik.
-
Membuat keputusan yang bijak tentang pengagihan sumber manusia, kewangan,
dan kemudahan.
- Membuat
keputusan yang praktikal untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik.
- Meningkatkan semangat
kerja berpasukan, memotivasikan staf serta menjalinkan silaturahim dan
kemesraan antara semua staf melalui pemahaman dan pengupayaan hala tuju
yang sama.
- Menetapkan keutamaan
dan objektif yang jelas termasuk skop aktiviti, pelan tindakan, pemantauan
pelaksanaan dan penilaian impak program berkenaan.
- Memahami kuasa-kuasa
yang mempengaruhi masa depan jabatan khususnya tekanan dan perubahan
terhadap persekitaran masa depan.
Prinsip-Prinsip Dan Nilai-Nilai Utama Pengurusan Program GeMS
- Membina
wawasan untuk organisasi dengan mendapat pandangan serta idea daripada
warga dalam organisasi.
- Melaksanakan proses
penjanaan wawasan, misi, matlamat serta objektif strategik dengan melibatkan
seluruh warga pendidikan.
- Melakukan imbasan
persekitaran dalaman dan luaran organisasi untuk mengetahui kekuatan,
kelemahan, cabaran dan peluang yang wujud.
- Menetapkan faktor-faktor
penentu kejayaan organisasi, nilai, kepercayaan dan adat resam serta
budaya yang wujud di sesuatu tempat.
- Menubuhkan pasukan
pelaksana wawasan organisasi untuk menjalankan segala aktiviti yang
dirancang.
- Membina kerangka
penilaian dan nilai setiap objektif khusus untuk menentukan kejayaannya.
- Melakukan kerja-kerja
penambahbaikan untuk memastikan semua perancangan dilaksanakan sepenuhnya.
- Memantapkan kerjasama
dalam organisasi untuk mengelakkan keadaan berpuak-puak dan mementingkan
diri.
- Menyemarakkan kecintaan
terhadap organisasi dan kerja sebagai satu ibadah.
- Membina jaringan
yang baik dengan masyarakat, badan kerajaan, badan korporat dan agensi
lain untuk memudahkan pelaksanaan pelan tindakan strategik.
Kerangka Perancangan Strategik GeMS
Perancangan
Lima Fokus GeMS 2006-2010 merangkumi enam perkara utama iaitu cabaran,
isu-isu utama, sasaran strategik, strategi, pelaksana dan indikator pencapaian.
-
Cabaran
Sesuatu keadaan yang belum wujud atau belum mantap dan belum dicapai
sepenuhnya tetapi dapat menjadi kenyataan apabila diusahakan secara
optimum dalam tempoh lima tahun.
- Isu-isu
utama
Data dan maklumat yang menunjukkan krisis yang perlu ditangani selepas
analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat).
- Sasaran
strategik
Satu pernyataan yang merangkumi jangkaan umum tentang hasil atau situasi
optimum yang dihasratkan.
-
Strategi
Program atau aktiviti khusus yang dirancang bertujuan menangani isu-isu
utama untuk mencapai matlamat tertentu.
-
Tempoh
Jangka masa lima tahun bermula dari tahun 2006 hingga 2010.
- Pelaksana
Semua pihak yang bertanggungjawab atau terlibat secara langsung dalam
melaksanakan sesuatu program atau aktiviti yang dirancang.
- Indikator pencapaian
Hasil atau produk yang boleh dijadikan petunjuk bagi menentukan sesuatu
matlamat telah tercapai dalam tempoh yang ditetapkan. Hasil atau produk
tersebut hendaklah dapat diukur.
Kerangka
Pelan Tindakan GeMS
Perancangan
Pelan Tindakan GeMS 2006-2010 merangkumi enam perkara utama iaitu strategi,
aktiviti, kumpulan sasaran, jadual pelaksanaan, pegawai bertanggungjawab
dan anggaran kos.
- Pelan
Tindakan
Satu rancangan yang merangkumi tindakan atau aktiviti-aktiviti yang
perlu dijalankan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam tempoh yang ditetapkan
berdasarkan sumber yang sedia ada.
- Strategi
Program atau aktiviti khusus yang dirancang untuk menangani isu-isu
utama bagi mencapai matlamat tertentu.
- Aktiviti
Aspek perkhidmatan pendidikan yang dilaksanakan untuk memenuhi kehendak
pelanggan.
- Kumpulan
sasaran
Murid dan warga pendidikan.
- Jadual
pelaksanaan
Tempoh masa yang dirancang untuk melaksanakan sesuatu program atau aktiviti.
- Pegawai
bertanggungjawab
Pegawai yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan sesuatu program
atau aktiviti yang dirancang.
- Anggaran
kos
Peruntukan yang perlu dibida untuk melaksanakan sesuatu program atau
aktiviti yang dirancang.
Cabaran
Dan Isu Utama
GeMS
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak 2006-2010 dirancang bagi memastikan Jabatan
Pelajaran Negeri Sarawak menjadi sebuah organisasi yang berwibawa dan
unggul dalam semua aspek perkhidmatan.
Jabatan
Pelajaran Negeri Sarawak telah mengenal pasti 15 cabaran dan 38 isu utama
yang perlu ditangani bersama oleh semua warga pendidikan melalui pelan
tindakan GeMS berlandaskan Fokus dan Matlamat Perancangan Pembangunan
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengisian
wawasan GeMS Sarawak amat menuntut komitmen semua pihak sama ada di dalam
atau di luar organisasi. Pendidikan berkualiti dan sekolah gemilang haruslah
menjadi agenda utama dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti,
berdaya saing dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi selaras dengan
Wawasan Gemilang Sarawak. |