Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Pelajaran Kelantan
 
 
  Laman Utama | Direktori | Hubungi Kami | Muat Turun | Pautan | Soalan Lazim | Peta Laman
Menu Utama
-
Perkhidmatan
-
PPD
-
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel: 603-8884 6000
Faks: 603-8889 5235
JABATAN PELAJARAN
KELANTAN

Jalan Doktor
15000 Kota Bharu
Kelantan
Tel: 09-7418000
Faks: 09-7482554
Sebarang komen/maklumbalas
sila email kepada :
webmaster.kel@ kel.moe.gov.my
 
-

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Laman Web Jabatan Pelajaran Kelantan berjaya dibina. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan kita dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, laman web umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak Jabatan Pelajaran Kelantan serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini. Selain itu juga, laman web juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat pejabat - pejabat pelajaran daerah dan sekolah - sekolah kita yang telah pun berjaya membina laman web mereka sendiri. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pendidikan di negeri Kelantan yang masih lagi belum berjaya untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.

Tahniah juga buat warga Jabatan Pelajaran Kelantan, warga pendidik serta mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh negeri Kelantan yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa 'Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan'.

 

TN. HJ. MOHD GHAZALI BIN AB.RAHMAN,
Pengarah
Jabatan Pelajaran Kelantan

-
 

 

HIPERANGKAI

Portal KPM
SPP
MPM
JPA
MSSMKelantan
JPN Negeri

BTP
 
TEMA HARI GURU
2008 :  Guru Cemerlang Negara Terbilang

 2007 : 
Guru Penjana Modal Insan Terbilang

2006 :
Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
Selanjutnya..
.
 
 
PENGUMUMAN
 
MS ISO 9001:2000
 
KALENDAR PERSEKOLAHAN TAHUN 2008
 
CUTI AM KELANTAN
 
 
Hakcipta Terpelihara © 2007 - Sektor ICT, Jabatan  Pelajaran Kelantan
PENAFIAN :
Kerajaan Malaysia dan Jabatan Pelajaran Kelantan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun syarikat yang disyorkan oleh Jabatan Pelajaran Kelantan.