g g
Home Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI)  
Senarai Kursus    
 

PENGENALAN

Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa (IPBA) merupakan salah sebuah daripada dua puluh lapan institut perguruan di Malaysia yang berperanan melatih guru-guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI) merupakan suatu program Bahagian Pendidikan Guru (BPG) yang dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). IPBA telah menjalin kerjasama dengan JPN Selangor dan JPWP pada tahun-tahun lepas. Untuk tahun 2008, usaha kerjasama ini ditawarkan kepada semua JPN di Semenanjung Malaysia. IPBA mempunyai tenaga pengajar yang memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah. Pengalaman serta kepakaran mereka dalam mengendalikan kursus-kursus yang ditawarkan sememangnya cemerlang dan membanggakan.

 
     
 

CARA PENYERTAAN KURSUS

  • Senarai kursus untuk sepanjang tahun 2008 akan dihantar oleh Institut kepada JPN / PPD pada awal tahun
  • Pihak JPN / PPD memaklumkan perkara tersebut kepada sekolah supaya guru-guru boleh membuat pemilihan kursus yang sesuai
  • Guru Besar / Pengetua menghantar senarai nama guru berserta kursus yang dipilih kepada pihak JPN / PPD
  • JPN / PPD menghantar surat panggilan kursus kepada peserta yang dipilih untuk menghadiri kursus
  • JPN / PPD menghantar senarai nama peserta kepada penyelaras  institut sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kursus dijalankan
 
     
 

TEMPAT KURSUS

Semua kursus akan dijalankan di IPBA atau di luar IPBA. Sekiranya kursus dijalankan di luar IPBA, tempat kursus adalah di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pusat Sumber Pelajaran Negara atau premis kerajaan yang sesuai.
 
     
 

KEMUDAHAN KURSUS

Bagi memenuhi dan memastikan perancangan KPKI berjalan lancar dan mencapai objektifnya, IPBA menyediakan kemudahan seperti berikut :

  • Makan dan minum peserta
  • Tempat berkursus
  • Penginapan peserta
  • Tenaga pengajar / fasilitator
  • Peralatan dan kemudahan berkursus yang kemas kini
  • Bahan dan edaran kursus
  • Kemudahan surau
  • Kemudahan rekreasi
 
     
 

MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Semua kursus dijalankan dalam waktu persekolahan
  • Bilangan peserta adalah 30 – 40 orang (jika kursus di luar IPBA, bilangan peserta boleh dirunding)
  • Tuntutan perjalanan peserta ditanggung oleh sekolah / JPN / PPD
  • Jangka masa kursus ialah lapan (8) jam sehari, iaitu daripada pukul 8.00pagi – 4.00 petang