| A. |
Syarat Umum |
| |
Semasa mengemukakan permohonan, pastikan
anda memenuhi syarat-syarat berikut : |
| |
1. |
Terbuka kepada Penyandang Guru
Cemerlang Gred DG48, Gred DG52 dan DG54 (KUP) yang sedang mengajar
di sekolah/ Kolej Matrikulasi/Institut Pendidikan Guru dan Institut
Aminuddin Baki. |
| |
2. |
Telah disahkan dalam jawatan. |
| |
3. |
Telah diluluskan pengisytiharan
harta. |
| |
4. |
Mempunyai rekod perkhidmatan bebas
daripada tindakan tatatertib. |
| |
5. |
Memperoleh Laporan
Nilai Prestasi Tahunan (LNPT) yang cemerlang bagi tiga tahun kebelakangan. |
| |
6. |
Telah lulus Peperiksaan
atau Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) atas gred sekarang (Aras
III dan Aras IV). Pemohon GC Gred DG54 (KUP) ke Gred Khas C (KUP)
tidak dikenakan syarat PTK. |
| |
7. |
Berumur sekurang-kurangnya
31 tahun tetapi tidak melebihi 54 tahun pada 1.01.2008 |
| |
|
|
| B. |
Syarat Khas |
| |
|
|
| |
1. |
Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang PPPS Gred DG52(KUP): |
| |
|
a. |
Pemohon mestilah Penyandang
Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP) tidak kurang dari 3 tahun dari tarikh
dinaikkan pangkat ke Gred 48(KUP). |
| |
|
b. |
Mata pelajaran kepakaran yang
dipohon merupakan mata pelajaran atau bidang pengkhususan utama
yang diajar oleh pemohon. |
| |
|
c. |
Mengajar mata pelajaran yang dipohon
dalam tempoh 3 tahun terakhir berturut-turut |
| |
|
d. |
Penyandang Guru Cemerlang kekal mengajar mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan semenjak dilantik menjadi
Guru Cemerlang Gred DG48 (KUP). |
| |
|
|
| |
2. |
Bagi pemohon jawatan
Guru Cemerlang PPPS Gred DG54 : |
| |
|
a. |
Pemohon mestilah Penyandang Guru Cemerlang
Gred DG52 (KUP) tidak kurang dari 3 tahun dari tarikh dinaikkan
pangkat ke Gred DG52 (KUP). |
| |
|
b. |
Mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan
yang dipohon merupakan mata pelajaran atau bidang pengkhususan utama
yang diajar oleh pemohon. |
| |
|
c. |
Penyandang Guru Cemerlang kekal mengajar mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan semenjak dilantik menjadi
Guru Cemerlang Gred DG52 (KUP). |
| |
|
|
| |
3. |
Bagi pemohon jawatan Guru Cemerlang PPPS
Gred Khas C (KUP) : |
| |
|
a. |
Pemohon mestilah Penyandang Guru Cemerlang
Gred DG54 (KUP) tidak kurang dari 2 tahun dari tarikh dinaikkan
pangkat ke Gred DG54 (KUP). |
| |
|
b. |
Mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan
yang dipohon merupakan mata pelajaran atau bidang pengkhususan utama
yang diajar oleh pemohon. |
| |
|
c. |
Penyandang Guru Cemerlang kekal mengajar mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan semenjak dilantik menjadi
Guru Cemerlang Gred DG54 (KUP). |