| 1. |
Definisi Guru Cemerlang |
| |
1.1 |
Guru Cemerlang ialah guru yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa
berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab,
khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. |
| |
1.2 |
Guru Cemerlang mempunyai ciri-ciri
yang berikut dari segi: |
| |
|
a. |
Peribadi: Guru
Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan
dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan
awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. |
| |
|
b. |
Pengetahuan dan kemahiran:
Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya
kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran
dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran
dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran
pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan
dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. |
| |
|
c. |
Hasil kerja: Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya
meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan
potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. |
| |
|
d. |
Komunikasi: Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi
yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan
berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. |
| |
|
e. |
Potensi: Guru Cemerlang ialah guru yang berwawasan,
proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam
rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. |
| |
|
f. |
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara: Guru
Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dan melaksanakan
idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. |
| 2. |
Tujuan Pewujudan
Jawatan Guru Cemerlang |
| |
2.1 |
Jawatan Guru Cemerlang telah mula
diperkenalkan pada tahun 1993 dengan tujuan berikut: |
| |
|
a. |
memperluaskan jawatan naik pangkat dalam perkhidmatan pelajaran. |
| |
|
b. |
memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang berpengetahuan,
berpengalaman, berkemahiran dan mempunyai kepakaran dalam pengajaran
dan pembelajaran. |
| |
|
c. |
membolehkan guru-guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan
tugas mengajar di bilik darjah atau bertukar ke jawatan pentadbiran;
dan |
| |
|
d. |
menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke jawatan lebih tinggi
secara laluan laju (fast track). |
| 3. |
Syarat Pelantikan |
| |
Pelantikan dan pengesahan perjawatan
adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa. |
| 4. |
Tanggungjawab Guru Cemerlang |
| |
Guru Cemerlang yang
telah dilantik dikehendaki mengajar mata pelajaran
kepakarannya di sekolah/institusi pendidikan yang ditetapkan dan
tidak boleh
memegang jawatan pentadbiran (Guru Besar, Pengetua, Penolong Kanan
). |
| 5. |
Pertanyaan |
| |
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan
di atas, sila hubungi 03-88849599 |