online Untitled KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN &
PROGRAM KHAS PENSARJANAAN PENSYARAH IPG

PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA SEPENUH MASA


Perhatian:-  Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  

1.0 SYARAT UMUM
i.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.

2.0 SYARAT KHUSUS
i. Warganegara Malaysia ;
ii.
Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3) tahun dalam skim perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 dan DG48 yang memenuhi syarat juga boleh memohon;
iii.
Telah disahkan dalam perkhidmatan siswazah (DG41/DG3) pada atau sebelum tarikh tutup permohonan;
iv.
Memiliki kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya ;
v.
Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah dan tiga tahun bagi Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana ;

a.       Bagi permohonan peringkat Sarjana, mesti memiliki PNGK di peringkat Ijazah Pertama sekurang-kurangnya 2.75 atau setaraf dengannya.
vi. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2009;
vii.
Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 peratus) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) ;
viii.
Bebas daripada tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes Mahkamah
ix.
Telah mengisytiharkan harta (termasuk perisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;
x.
Belum pernah menerima biasiswa daripada mana-mana pihak sebelum ini dalam peringkat pengajian yang sama; dan
xi.
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.

3.0 SYARAT TAMBAHAN
i.
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian / kursus yang ditawarkan sahaja seperti dalam senarai kursus di borang permohonan online. Tawaran biasiswa adalah tertakluk kepada calon yang mendapat tempat pengajian dalam bidang yang diluluskan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. Sebarang pertukaran bidang pengajian / kursus yang telah ditetapkan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Kementerian ;
ii.
Bagi permohonan pengajian di Luar Negara, pegawai mestilah telah lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer based) atau IELTS 6.5. Syarat ini terpakai bagi semua calon termasuk pegawai-pegawai yang berkelulusan Ijazah Pertama dan Sarjana dari luar negara. Syarat ini terkecuali bagi pencalonan ke universiti -universiti negara yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Hanya ujian yang diambil pada atau selepas tahun 2006 sahaja diambil kira bagi tujuan ini;
iii.
Bagi bidang pengajian / Kursus yang bercorak kuantitatif, keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan kepujian dalam matapelajaran matematik diperingkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya ;
iv.
Memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya;
v.
Bagi permohonan bagi bidang kursus berkaitan Pengajian/Pendidikan Bahasa Arab, pegawai mestilah mempunyai sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya;
vi.
Bagi pengajian peringkat Sarjana, mod pengajian yang dibenarkan adalah KERJA KURSUS DENGAN DISERTASI SAHAJA (minimum jam kredit keseluruhan adalah 30 jam kredit);
vii.
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan;
viii.
Peminjam tegar adalah tidak layak untuk memohon atau biasiswa tuan/puan akan ditarik balik sekiranya didapati tuan/puan masih belum melangsaikan hutang dengan kerajaan;
ix.
Kegagalan untuk menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan urusan kenaikan pangkat pegawai;
x.
Keputusan pemilihan adalah muktamad dan hanya calon-calon yang berjaya melepasi tapisan awal akan dipanggil untuk temuduga;
xi.
Calon-calon yang tidak mendapat jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya;

 Dengan ini saya telah membaca dan memahami syarat-syarat permohonan
| Laman Utama | Back | Next |

Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:
 
Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12 - 13, Blok E12, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya
 
KEDOKTORAN:
Cik Syahzuriana bt. Ab. Rahim (03-8884 7128)
Pn. Noor Azimah bt. Bajuri ( 03-8884 7511)
Cik Nor Rashimah bt. Mohamad Rodzi (03-8884 7004)
Cik Salmah bt. Daud Shah (03-8884 7007)
 
SARJANA:
Cik Sahida bt. Abu Seman (03-8884 7588)
Pn. Siti Aishah bt. Abdul Majid (03-8884 7116)
Cik Zainab bt. Hj. Abd Wahab (03-8884 7018)
En. Zuraidi bin Yaacob (03-8884 7055)
 
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2 - 6, Blok E13, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya
 
PROGRAM KHAS PENSARJANAAN IPG :
En. Moktar B. Darwis (03-8884 1301)

© Untuk Paparan Menarik, sila gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x600 piksel.
Hakcipta Terpelihara 2006, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia