online Untitled KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERHATIAN:

  

Sila ikuti langkah berikut untuk mendaftarkan No.KP dan katalaluan anda:

  1.

Baca PENGENALAN PROGRAM sehingga habis dan klik butang Next.

  2.

Baca TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ONLINE sehingga habis dan klik butang Next.

  3.

Baca SYARAT PERMOHONAN sehingga habis dan klik butang Next.

  4.

Daftarkan No. KP dan katalaluan.

  

____________________________________________________________________________


.: PENGENALAN :.
PROGRAM HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN
DAN
PROGRAM KHAS PENSARJANAAN PENSYARAH IPG

PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA SEPENUH MASA


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (HLP) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah). Mulai tahun 2008 tawaran biasiswa ini terbahagi kepada dua kategori iatu:
1.0 HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (DALAM NEGARA & LUAR NEGARA)
i.
Program ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan layak untuk mengikuti kursus-kursus ikhtisas di Peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan dan Luar Negara secara Sepenuh Masa. Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
 

2.0 PROGRAM KHAS PENSARJANAAN PENSYARAH IPG KPM/IPTA (DALAM NEGARA)
i.
Program ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan layak untuk mengikuti kursus-kursus ikhtisas di peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan secara Sepenuh Masa. Keutamaan diberikan kepada Pensyarah IPG. PPPS yang memohon program ini akan ditempatkan di IPG seluruh Malaysia selepas tamat cuti belajar.
ii.
Program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan kelayakan akademik pensyarah-pensyarah IPG ke peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Program ini merupakan program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan IPTA. Bidang pengkhususan yang ditawarkan merupakan bidang-bidang yang diperlukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bidang-bidang ini adalah bidang yang terkawal dan memenuhi keperluan IPG khususnya bidang pengajian yang menekankan 'content knowledge'. Mode Pelaksanaan Program Khas Pensarjanaan Pensyarah Institut Pendidikan Guru adalah mode sepenuh masa bagi pensyarah IPG yang memenuhi syarat-syarat Cuti Belajar Bergaji Penuh berumur kurang 40 tahun. setelah tamat pengajian dengan jayanya, peserta program akan ditempatkan di mana-mana IPG seluruh Malaysia mengikut kekosongan. Pensyarah IPG yang telah mengikuti Kursus Induksi Pensyarah baru sahaja yang layak untuk memohon.

Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, sila hubungi Unit Kursus Dalam Perkhidmatan, BPG di talian:-

    (i) 03-8884 1301 (En. Mokhtar bin Darwis)
 

Sehubungan itu, semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi syarat-syarat / cara-cara / panduan permohonan yang telah ditetapkan. PPPS hanya boleh memohon salah satu daripada program di atas.
Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.
Perhatian:-  Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  
| Next |

 


© Untuk Paparan Menarik, sila gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x600 piksel.
Hakcipta Terpelihara 2006, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia