online Untitled KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM HADIAH LATIHAN
PERSEKUTUAN (HLP) 2008 SEPARUH MASA / SAMBILAN
PERINGKAT SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Perhatian:-  Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.  

1.0 SYARAT UMUM
i. Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus lepasan ijazah hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.
ii. Tawaran ini hanya terbuka kepada kepada PPPS yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.
iii.
Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) selepas menamatkan pengajian.
iv.
Permohonan dibuka kepada semua PPPS yang layak. Walau bagaimanapun keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah mendapat tempat / tawaran di universiti tempatan.
v.
Mendaftar untuk tahun pertama sesi 2008

2.0 SYARAT KHUSUS
i. Warganegara Malaysia;
ii.
Telah berkhidmat tidak kurang daripada (3) tahun dalam skim perkhidmatan siswazah (DG41) pada tarikh tutup permohonan;
iii.
Telah disahkan dalam perkhidmatan di Gred (DG41) pada tarikh tutup permohonan;
iv.
Memiliki kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya;
v.
Memiliki Ijazah Sarjana tidak kurang dari satu tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah;
vi. Berumur tidak melebihi 46 tahun pada 31 Disember 2008;
vii.
Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 peratus) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2005, 2006 dan 2007) ;
viii.
Bebas daripada tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes Mahkamah
ix.
Telah mengisytiharkan harta (termasuk perisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan;
x.
Belum pernah menerima biasiswa daripada mana-mana pihak sebelum ini dalam peringkat pengajian yang sama; dan
xi.
Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.

3.0 SYARAT TAMBAHAN
i.
Calon-calon adalah diwajibkan memilih bidang pengajian / kursus yang ditawarkan sahaja seperti dalam senarai kursus di borang permohonan online. Tawaran biasiswa adalah tertakluk kepada calon yang mendapat tempat dalam bidang pengajian yang diluluskan di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Sebarang pertukaran bidang pengajian / kursus yang telah ditetapkan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran Kementerian.
ii.
Bagi Bidang pengajian / Kursus yang bercorak kuantitatif, keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Matematik diperingkat SPM/MCE atau yang setaraf dengannya.
iii.
Bagi permohonan bidang kursus berkaitan Pengajian / Pendidikan Bahasa Arab, pegawai mestilah mempunyai sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Arab di peringkat SPM/MCE atau setaraf dengannya.
iv.
Bagi Pengajian Peringkat Sarjana, mod Pengajian yang dibenarkan adalah KERJA KURSUS DENGAN DISERTASI SAHAJA.
v.
Kementerian berhak membuat pindaan terhadap senarai bidang kursus dan tempat pengajian yang dibenarkan.
vi.
Pemohon hendaklah bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar (yang tidak membuat pembayaran pinjaman) daripada institusi seperti KPM, JPA, PTPTN, MARA, Kerajaan Negeri dan lain-lain.
vii.
Keputusan pemilihan adalah muktamad dan hanya calon-calon yang berjaya melepasi tapisan awal akan dipanggil untuk temuduga.
viii.
Senarai calon yang berjaya dipanggil temuduga boleh disemak melalui laman web KPM mulai 20 Oktober 2008.

4.0 JENIS PENAJAAN
i.
Yuran Pengajian
ii.
Elaun Buku
iii.
Elaun Tesis

5.0 TEMPOH PENAJAAN
i.
Peringkat Sarjana (3 Tahun)
ii.
Peringkat Doktor Falsafah (5 Tahun)

 Dengan ini saya telah membaca dan memahami syarat-syarat permohonan
| Laman Utama | Back | Next |


Sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan permohonan di atas, sila hubungi alamat berikut:

Pertanyaan Berkaitan Tajaan ( Biasiswa ) Pertanyaan Berkaitan Bidang dan Pengajian

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12-13, Blok E12, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya

Encik Azlan b. Ibrahim
No.Tel : 03 – 8884 7050
E-mail : azlan.ibrahim@bb.moe.gov.my

Cik Norliza binti Sulaiman
No.Tel : 03 – 8884 7185
E-mail : norliza.sulaiman@bb.moe.gov.my

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2 - 6, Blok E13,
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 W.P Putrajaya

Encik Mukhtar b. Hj. Darwish
No.Tel : 03 – 8884 1305
E-mail : mhd8888208@gmail.com