online Untitled KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 
TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ONLINE
 
ARAHAN :
Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan.
Tatacara Permohonan HLP secara Online
   1
Calon-calon yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan secara online borang melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet. Permohonan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada pensyarah-pensyarah IPG. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL berikut : http://www.moe.gov.my .
   2
Calon-calon adalah diingatkan supaya membaca peraturan dan tatacara dengan teliti serta memasukan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan ditolak. Kod bidang bagi permohonan Program Sarjana adalah di Lampiran A dan bagi program kedoktoran adalah seperti di Lampiran B. SILA KLIK UNTUK RUJUKAN
   3
Setelah mengisi permohonan secara online, tuan/puan dikehendaki mencetak borang permohonan (KPM(LDP)1/2006/2A) dan memuat turun borang (KPM(LDP)1/2006/2B) beserta senarai semak. KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG .
   4
Borang KPM(LDP)1/2006/2A yang telah dicetak hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan bersama dengan dokumen berikut:

  1. KPM(LDP)1/2006/2B
  2. Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pegawai

  3. Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap dan dikemaskini serta telah disahkan. Sila pastikan kenyataan perkhidmatan mengandungi maklumat-maklumat berikut:

  4.        - tarikh lantikan ke jawatan DG41
           - tarikh pengesahan jawatan DG41
           - maklumat cuti belajar (jika pernah diluluskan cuti belajar)
           - tarikh kelulusan perisytiharan harta yang terkini
  5. Satu(1) salinan sijil SPM/MCE (atau yang setaraf dengannya)
  6. Satu(1) salinan Ijazah Pertama
  7. Satu(1) salinan Ijazah Lanjutan bagi peringkat PhD (bagi permohonan peringkat PhD)
  8. Satu(1) salinan transkrip Ijazah Pertama
  9. Satu(1) salinan Ijazah Lanjutan bagi permohonan peringkat PhD
  10. Satu(1) salinan surat Lantikan ke Jawatan DG41
  11. Satu(1) salinan surat pengesahan jawatan DG41
  12. Satu(1) salinan surat pengisytiharan Harta yang terkini
  13. Senarai semak
  14. (semua sijil atau dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan semula)
   5
Bahagian A dan B Borang KPM(LDP)1/2006/2B hendaklah diisi oleh Ketua Jabatan tempat berkhidmat manakala Akuan Pengesahan di Bahagian C hendaklah diperolehi di peringkat Kementerian atau JPN.

Contoh 1 : Sekiranya pemohon berkhidmat di Institut Pendidikan Guru(IPG) / Kolej Matrikulasi, Bahagian A dan B Borang KPM(LDP)1/2006/2B akan diperakukan oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru(IPG) / Kolej Matrikulasi manakala Bahagian C hendaklah disahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru/ Bahagian Matrikulasi di Kementerian.

Contoh 2 : Sekiranya pemohon berkhidmat di sekolah, Bahagian A & B diperakukan oleh Pengetua Sekolah manakala Bahagian C disahkan oleh JPN. Perakuan oleh Ketua Jabatan hendaklah dibuat dengan teliti dengan mengambil perhatian terutama kepada syarat-syarat permohonan biasiswa seperti yang dinyatakan.
   6
Untuk markah LNPT di dalam borang KPM(LDP)1/2006/2B Ketua Jabatan hanya perlu mengisi markah dan mengemukakan sesalinan surat perakuan bagi markah LNPT pegawai
   7
Pegawai tidak perlu mengemukakan kertas cadangan (proposal) tesis semasa memohon tetapi perlu membawa bersama kertas cadangan (proposal) semasa sesi temuduga.
   8
Permohonan yang tidak mematuhi syarat atau borang dan dokuman yang tidak lengkap atau tidak mengisi borang secara online akan ditolak.
   9
Sekiranya terdapat sebarang unsur penipuan maklumat dalam mengisi borang permohonan ini, pihak KPM berhak mengenakan tindakan tatatertib ke atas pemohon.
   10
Semua dokumen-dokumen permohonan seperti yang disebutkan di atas yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui ketua jabatan kepada:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Tajaan Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 12-13, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Nota :
Talian online dibuka sehingga 12 September 2008.

Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Bahagian Tajaan Pendidikan selewat-lewatnya pada 19 September 2008. Borang permohonan yang lewat sampai tidak akan diproses.

Sila tandakan Sarjana atau Kedoktoran (mengikut peringkat pengajian permohonan) di sebelah ATAS KANAN sampul surat.
 

ke atas

Panduan Mengisi Borang HLP secara Online
   1
Pemohon mestilah mendaftar No. Kad Pengenalan baru sahaja dan Kata Laluan terlebih dahulu sebelum memulakan Permohonan HLP Online. Kata laluan yang telah didaftarkan hendaklah disimpan dengan baik bagi membolehkan anda membuat rujukan semasa permohonan/kemas kini di masa akan datang.
   2
Pemohon hanya dibenarkan menghantar satu (1) permohonan sahaja.
   3
Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian HLP ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
   4
Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
   5
Semasa mengisi borang permohonan Online, beberapa panduan berikut disarankan supaya urusan pengisian maklumat permohonan tuan/puan mudah dan jelas.
5.1  Maklumat Permohonan

      Nama Pemohon
      Sila isi nama penuh anda(HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan baru anda tidak       melebihi 50 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

      Contoh : MOHAMED ASYRAF ARFAN B KAMARUL FIRDAUS
      Nota     : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

      Nombor Kad Pengenalan
      No. Kad Pengenalan akan dipaparkan berdasarkan Sistem Maklumat Staf
      ATAU
      nombor Kad Pengenalan Baru yang anda taip masuk semasa pendaftaran .

      Nota     : Maklumat ini tidak boleh dipinda.

      Alamat Tempat Bertugas
      Sila masukkan alamat tempat bertugas anda dengan lengkap. Jika ruang tidak
      mencukupi, gunakan huruf-huruf yang ringkas.

      Contoh : Contoh : SEK MEN TAMAN TUN DR. ISMAIL
      Nota     : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

      Nombor Telefon Tempat Bertugas
      Sila masukkan nombor telefon pejabat tempat anda bertugas dalam ruang yang
      berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

      Contoh : 03-42984585 menjadi 0342984585
      Nota     : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda

      Nombor Faks Tempat Bertugas
      Sila masukkan nombor faks tempat anda bertugas dalam ruang yang
      berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

      Contoh : 03-42984555 menjadi 0342984555
      Nota     : Maklumat ini boleh dikemaskini/dipinda


5.2  Maklumat Akademik

      Kod Bidang Dipohon
      Sila buat pilihan bidang pengajian HLP yang anda ingin ikuti. Kod dan bidang
      pengajian yang ditawarkan adalah seperti di dalam pilihan yang diberikan.

Nota : Pastikan anda telah memuat-turun borang pada perkara 3 - Tatacara Permohonan HLP secara online.
Perhatian:- Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.

| Laman Utama | Back | Next |

©Untuk Paparan Menarik, sila gunakan Internet Explorer 5.0 dan ke atas dengan saiz resolusi skrin 800x650 piksel.
Hakcipta Terpelihara 2006, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia