|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
KEBAJIKAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
1. Pendahuluan Mutakhir ini
media Walau
bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang
berlatarbelakangkan daripada keluarga bermasalah. Kita juga menyedari
faktor-faktor yang negatif yang terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu
mempengaruhi watak dan perilaku yang kurang sihat seseorang murid sehingga
mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat. Perubahan dalam iklim pendidikan
dewasa ini
telah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah, strategi dan
model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan murid serta
guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus
bertanggungjawab untuk mewujudkan Polisi Sekolah
Selamat. Bagi merealisasikan
polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka segala usaha ke
arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul bersama oleh
semua pihak.
Mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak kepada pihak
pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan,
latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan
mengurangkan kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif di kalangan
murid. Manakala di rumah, amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan
kepada segala nilai yang diterapkan melalui pengajaran, asuhan dan
amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula,
keselamatan adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin,
bertanggungjawab, berpengetahuan dan memiliki jati diri yang
cemerlang. 2. Matlamat Mewujudkan budaya
selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga
dan komuniti setempat. 3.
Objektif i. Meningkatkan kefahaman mengenai
tatacara dalam
menghadapi sebarang isu keselamatan, kecemasan, kemalangan dan
malapetaka. ii. Meningkatkan kefahaman dan
penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan pelaksanaan
aktiviti-aktiviti sekolah. iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang
sihat, selamat dan
menyeronokkan. iv. Memastikan hak setiap individu warga
sekolah dipertahan
dan dijaga. v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran. vi. Menyediakan panduan bagi setiap
tindakan yang perlu diambil. vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental
dan emosi yang sihat. viii. Meningkatkan tahap penumpuan kepada
pelajaran dan kerja
di kalangan warga sekolah. ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela
untuk menyumbang secara positif kepada sekolah. 4.
Rasional i. Dalam banyak
keadaan keselamatan kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
pertimbangan. ii. Warga
sekolah dewasa ini
terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan
teknikal. Justeru, polisi yang berterusan perlu diwujudkan. iii. Kurang
mendapat kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan
institusi pendidikan
dari segi keselamatan. iv. Keupayaan
sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan
keluarga dan komuniti. 5. Definisi Sekolah
Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga
sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.
6. Elemen Perancangan Sekolah Selamat Apabila sesuatu
perancangan hendak dibuat mengenai pelaksanaan Sekolah Selamat elemen-elemen
seperti di bawah harus diambil kira dan diteliti terlebih
dahulu.
Pengubahsuaian elemen-elemen yang dicadangkan mengikut keadaan setempat akan menjamin pelaksanaan konsep Sekolah Selamat ini dengan
lebih berkesan. i. Kesedaran awam atau
komuniti. ii. Penekanan kepada penghayatan
nilai-nilai murni merentasi kurikulum dan kokurikulum. iii. Peraturan
sekolah. iv. Pengurusan bencana alam dan
kecemasan. v. Kehadiran warga
sekolah. vi. Membasmi
ponteng. vii. Pencegahan dadah, rokok dan
arak. viii. Perkongsian bijak dengan agensi
luar. ix. Kesedaran sosial dan
budaya. x. Kepimpinan
murid. xi. Penglibatan keluarga dan
komuniti. xii. Program khas bersama
komuniti. xiii. Pencegahan jenayah melalui pelan reka bentuk bangunan
sekolah yang selamat. xiv. Aktiviti kokurikulum dan
rekreasi. xv. Perkongsian bijak dengan pihak
berkuasa tempatan. xvi. Mengenal pasti latar belakang warga
sekolah. xvii. Pembangunan
staf. xviii. Kawalan keselamatan
sekolah. xix. Khidmat
kemasyarakatan. xx. Perkongsian bijak bersama
korporat. xxi. Perkongsian bijak dengan
media. xxii. Perkhidmatan kesihatan
sekolah. xxiii.
Pengangkutan. xxiv. Perundangan. xxv. Penilaian dan
pemantauan. 7. Perancangan Perancangan bagi mewujudkan Sekolah
Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada sekolah
dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu
keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah
hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya
terdiri daripada wakil sekolah, ibu
bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. 7.1 Cadangan Keahlian
Jawatankuasa Pengerusi
:
Pengetua/Guru Besar Naib Pengerusi : Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha
:
KaunselorSekolah/ Ahli-ahli
:
Wakil ibu bapa 7.2 Fungsi Jawatankuasa Sekolah Selamat Menyediakan kod etika dan tanggungjawab semua warga sekolah Menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak lain (Komuniti, Keluarga) Mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat Mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli komuniti akan prosedur keselamatan yang ada Memastikan wujud kesedaran di kalangan semua pihak akan isu Sekolah Selamat Melaksana, menilai dan mengkaji semula semua dasar dan prosedur Sekolah Selamat dari semasa ke semasa 7.3 Peranan Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut :- 7.3.1 Peranan
Sekolah: i. Mewujudkan
Jawatankuasa Sekolah Selamat. ii. Menyediakan
Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat untuk diedarkan kepada semua warga sekolah
dan ibu bapa/penjaga. iii. Menguatkuasakan
semua peraturan sekolah dengan bersungguh-sungguh dan tegas. iv. Memberi
penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada semua pihak yang
memerlukan. v. Membantu
mewujudkan jawatankuasa disiplin di kawasan setempat. vi. Membantu
menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah keselamatan. vii. Mewujudkan
pelan pengurusan krisis. viii. Mengenal
amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana menanganinya. ix. Mewujudkan
persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. x. Memasukkan
unsur-unsur keselamatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. xi.
Menggalakkan
murid melaporkan sebarang kes yang berkaitan dengan
keselamatan. xii. Merekodkan
semua peristiwa mengenai keselamatan. i. Melibatkan semua ketua masyarakat
dalam proses menjadikan sekolah tempat yang selamat
selamat. ii. Menyokong semua polisi dan peraturan
sekolah. iii. Memberi sumbangan material, idea dan
kepakaran dalam perkhidmatan mengawal keselamatan sekolah. iv. Menerapkan nilai-nilai kerohanian
oleh pemimpin agama. v. Menyokong dan menjadi ahli dalam
pertubuhan yang membantu meningkatkan keselamatan. vi. Membantu bagaimana mengenal dan
menyelesaikan masalah. vii. Melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti sekolah. viii. Menyatakan had-had tingkah laku yang
dikehendaki oleh komuniti. ix. Mewujudkan sistem pemantauan kawasan
sekitar sekolah bagi mencegah jenayah. x. Merapatkan jurang golongan muda
dengan warga tua. 7.3.3 Peranan Keluarga i. Menyokong semua polisi dan peraturan
sekolah. ii. Melibatkan diri secara aktif dalam
semua aktiviti sekolah dan komuniti. iii. Memperkukuh nilai-nilai agama/moral
kepada anak-anak. iv. Kerap berkomunikasi dengan
anak-anak. v. Mengenali rakan anak
-anak. vi. Bekerjasama dengan ibu bapa
lain. vii. Menjadi ahli dalam pertubuhan yang
boleh membantu membanteras isu-isu keselamatan. viii. Mendidik anak-anak bagaimana menjaga
keselamatan diri. 8. Harapan dan Tanggungjawab Sekolah Selamat 8.1 Harapan i. Bebas daripada sebarang gangguan
sama ada dalam bentuk tutur kata atau
fizikal. ii. Keselamatan harta benda
terjamin. iii. Orang lain
bersikap positif terhadap kebolehannya. iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas. v. Tidak dipandang rendah disebabkan
oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi dan
jantina. vi. Dilayan secara adil dan
saksama. vii. Dihormati dan
dihargai. viii. Bebas daripada sebarang kemalangan,
kecederaan dan penyakit.
8.2 Tanggungjawab
Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya i. Bebas daripada
sentimen perkauman dan diskriminasi jantina. ii. Bersikap
positif terhadap orang lain. iii. Menghargai
perbezaan yang wujud. iv. Bersikap dan
bertindak adil. v. Memberi
kerjasama dan bantu membantu. vi. Mengamalkan
kesopanan dan kesusilaan. vii. Elakkan
sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpa
dihalang. viii. Datang ke
sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas. ix. Jangan mendera
fizikal, mental dan emosi. x. Melaporkan
setiap kes. 9. Tatacara Pengurusan Polisi Sekolah Selamat Berikut adalah prinsip-prinsip dan
tatacara untuk menangani sebarang isu keselamatan 9.1.
Prinsip i. Setiap aduan hendaklah diambil
perhatian serius. ii. Setiap aduan hendaklah diambil
tindakan serta merta. iii. Perasaan setiap orang yang terlibat
harus diambil kira. iv. Semua pihak yang terlibat dengan
aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya.
v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai
selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima semula oleh warga
sekolah. vi.
Maklumat tentang dasar dan tatacara
seharusnya mudah dirujuk. vii. Tatacara seharusnya boleh difahami
oleh semua pihak yang terlibat. 9.2 Tatacara Membuat
Aduan Sesiapa yang ingin membuat aduan, dia
atau ibu bapa/penjaga atau wakil boleh memilih satu atau beberapa tatacara berikut :- i.
Berbincang terus dengan pihak yang
terlibat. ii.
Dapatkan khidmat orang tengah yang
sesuai contohnya kaunselor. iii. Berjumpa dengan Pengetua/Guru Besar
atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika aduan itu terbukti, hukuman yang
setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada pengadu. 10. Penutup Apabila jenayah,
dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular ke dalam sekolah maka tugas
menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah
sukar. Sesungguhnya menjadi
harapan Kementerian Pendidikan
Seterusnya masalah-masalah seperti
merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat aduan, terancam,
dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan diri dari
alam persekolahan dan sebagainya
yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiran sebilangan warga sekolah, ibu
bapa serta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah dan ditangani.
Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaran
terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk
melahirkan iklim sekolah yang tidak kondusif.
SENARAI GURU SEKOLAH PROJEK RINTIS YANG TERLIBAT DENGAN
PENULISAN BUKU KONSEP DAN MANUAL SEKOLAH SELAMAT
KRONOLOGI INISIATIF
SEKOLAH SELAMAT Oktober 2001 Y.B. Menteri Pendidikan meminta
supaya dikaji pelaksanaan Inisiatif Sekolah Selamat di
Malaysia. Oktober 2001 Pembentukan Jawatankuasa Pemandu Sekolah Selamat
di Bahagian Sekolah. November 2001 Penyediaan Kertas Konsep
Inisiatif Sekolah
Selamat. November 2001 Penyediaan Rangka
Pelaksanaan. Disember 2001 Pemilihan 31
buah Sekolah Projek Rintis Sekolah Selamat (16 Sekolah Rendah & 15 Sekolah
Menengah). Jan – April 2002
Pelaksanaan secara rintis Inisiatif
Sekolah Selamat di 31 buah Sekolah Projek Rintis Sekolah
Selamat. Pemantauan Projek
Rintis. Januari 2002
Pembentukan Jawatankuasa Penulis Manual
Sekolah Selamat. Jan - April 2002
Bengkel Penulisan dan Penyediaan
Manual Sekolah
Selamat. Pembentangan Buku Konsep
dan Manual Sekolah Selamat kepada Y.B. Menteri Pendidikan. 6 Mei 2002
Pelancaran Inisiatif Sekolah
Sekolah oleh Y.B. Menteri Pendidikan di
Hotel Park Avenue, Sungai Petani Kedah. 6 – 8 Mei 2002 Konvensyen Sekolah Selamat di
Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah Darul
Aman. Mulai Mei 2002
Pelaksanaan Inisiatif Sekolah
Selamat di
sekurang- kurangnya 10% buah sekolah di setiap
negeri sehingga akhir tahun 2002. Januari
2003 Pelaksanaan sepenuhnya di semua sekolah seluruh negara
Anugerah Sekolah Selamat setiap bulan
Ogos |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Bahagian
Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya Tel: 03-88849000; Faks: 03-88849315 Hak Cipta Terpelihara @ 2006 - Bahagian Sekolah, KPM Best viewed with Internet Explorer (IE) 4.0 and above in 1024 x 768 pixels screen resolution |