KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  

 HYPER RANGKAIAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Jabatan Perkhidmatan Awam
Perbendaharaan
MAMPU
 MUAT TURUN
Borang Pertukaran Guru
Borang Pertukaran Murid
Borang Masuk Sekolah Kerajaan
 LATAR BELAKANG

>>Laman Utama>>Organisasi>>Profil
Bahagian Sekolah merupakan salah sebuah bahagian yang penting di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia diwujudkan pada awal tahun 50an bagi meningkat dan menyempurnakan aspek pelaksanaan, pentadbiran dan pengurusan pendidikan peringkat rendah dan menengah untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. 
 

 VISI

Ke arah meningkatkan kualiti Pengurusan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 
 

 MISI
Pengurusan pendidikan dan kepimpinan yang berkesan ke arah pembinaan insan yang menerima dan membawa perubahan. 
 
 OBJEKTIF
  • Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
  • Mewujudkan permuafakatan di semua sekolah rendah dan menengah. 
  • Menentukan keperluan penubuhan sekolah baru di kawasan-kawasan yang baru dibangunkan selaras dengan keperluan pembangunan negara.
  • Meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
  • Menempatkan guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan.
  • Meluluskan pertukaran guru yang memenuhi keperluan negeri dari segi opsyen dan bilangan.
  • Meningkatkan tahap kebajikan guru.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar.
  • Memperluaskan khidmat kaunseling, kerjaya dan bimbingan bagi meningkatkan kesejahteraan diri murid.
  • Meningkatkan taraf kesihatan dan keselamatan murid dan selurus warga sekolah.
  • Memperluaskan penyertaan murid dalam bidang kokurikulum daripada 30% kepada 100%.
  • Memberi pendedahan dunia luar kepada murid melalui program pertukaran murid antarabangsa.
  • Mengurangkan masalah disiplin dan salah laku murid.
  • Meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid dalam bidang disiplin, penyerapan nilai-nilai murni, pemantapan akidah dan sifar dadah.
     
PIAGAM PELANGGAN

Kami seluruh anggota Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan berikrar dan berjanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha bagi mewujudkan pendidikan yang berkesan di sekolah-sekolah melalui :

1. Memastikan setiap murid mendapat tempat belajar dan menerima pendidikan seimbang daripada guru-guru yang cekap, berketerampilan dan penyayang pada setiap masa.
2. Menentukan setiap murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan kokurikulum, program-program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa persekolahan mereka.
3. Memaklumkan kepada murid-murid yang berjaya memasuki Sekolah Berasrama Penuh dalam tempoh empat minggu :
-selepas keputusan peperiksaan UPSR diumumkan
-selepas keputusan peperiksaan PMR diumumkan
4. Memaklumkan keputusan permohonan untuk mengulang dan menyambung pelajaran daripada murid-murid dalam tempoh dua minggu selepas permohonan diterima.
5. Menempatkan guru-guru dalam tempoh satu bulan setelah tamat latihan maktab atau universiti.
6. Meningkatkan profesionalisme guru pada setiap masa.
7. Mempertingkatkan secara berterusan permuafakatan dan penglibatan ibu bapa serta masyarakat dalam pendidikan murid-murid.
8. Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada dan mengenai Bahagian Sekolah diberi jawapan dalam tempoh satu minggu dari tarikh diterima.
9. Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Sekolah.
 
 
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
Tel: 03-88849000; Faks: 03-88849315

Hak Cipta Terpelihara @ 2006 - Bahagian Sekolah, KPM
Best viewed with Internet Explorer (IE) 4.0 and above in 1024 x 768 pixels screen resolution