KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA  

 HYPER RANGKAIAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Jabatan Perkhidmatan Awam
Perbendaharaan
MAMPU
 MUAT TURUN
Borang Pertukaran Guru
Borang Pertukaran Murid
Borang Masuk Sekolah Kerajaan
 FUNGSI

>>Laman Utama>>Orginasisasi>>Fungsi

Fungsi Bahagian Sekolah ialah :

Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan murid.

1.    Merancang, menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal ehwal persekolahan dalam aspek :

Pengurusan Sekolah

  • Pemantauan pengurusan sekolah
  • Penggal Persekolahan
    - menyediakan takwim tahunan
    - menyelaras Cuti Khas persekolahan (banjir, jerebu dsbnya)
  • Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    - perancangan perluasan SBP
    - penyelenggaraan dan baik taraf
    - pemantauan pengurusan SBP
    - pengambilan dan penempatan murid SBP
  • Penyepaduan dan pengemaskinian Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
    - menyatukan prestasi perbelanjaan bulanan JPN
    - menyatukan peruntukan kewangan bagi aktiviti pendidikan prasekolah, rendah, menengah, asrama dan pengurusan pentadbiran negeri
  • Pengurusan kewangan Bahagian Sekolah dan Sekolah Berasrama Penuh
    - mengagih dan memantau waran peruntukan kecil pameran kepada JPN untuk aktiviti kokurikulum
    - SBP sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  • Penggubalan Peraturan Pendidikan dan Pekeliling Ikhtisas
    - 11 Peraturan-peraturan Pendidikan telah dan sedang digubal
    - Pekeliling Ikhtisas dikeluarkan mengikut keperluan dari semasa ke semasa

2.    Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru dalam aspek :

Keperluan Guru

  • Mendapatkan maklumat keperluan guru daripada JPN/Bahagian berkenaan
  • Mendapatkan maklumat bekalan guru daripada Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi yang lain
  • Menyelaras maklumat keperluan dan bekalan guru dengan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)

Penempatan Guru

  • Menempatkan guru-guru Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Ijazah dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan mengikut opsyen dan keperluan JPN dan Bahagian yang berkenaan
  • Mencadangkan penempatan guru siswazah kepada Bahagian Sumber Manusia (BSM) bagi guru yang tamat pengajian
  • Menempatkan guru di Sekolah Berasrama Penuh
  • Menyelaras bekalan dan penempatan guru Kolej Matrikulasi
  • Menyelaras bekalan dan penempatan guru di Sekolah Menengah Teknik

Pertukaran Guru

  • Menerima dan memproses permohonan pertukaran guru antara negeri
  • Menyelaras pertukaran guru mengikut keperluan JPN
  • Membuat keputusan kepada permohonan pertukaran berdasarkan proses pertukaran dua kali setahun iaitu pada 1 Januari dan 1 Jun dengan mengambilkira pertukaran atas keperluan perkhidmatan (berasaskan opsyen), mengikut suami, mengikut isteri, cukup tempoh dan kes kesihatan/perubatan

   Peningkatan Profesionalisme Guru

  • Menyelaras pencalonan Pengetua Kanan (Cemerlang)
  • Memproses pencalonan Pengetua dan Guru Besar Berkesan (NPQH)
  • Merancang dan mengelola Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)
  • Menyelaras aktiviti dan kegiatan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah (PKPSM), Majlis Guru Besar (MGB), Persidangan Pegawai Pendidikan Daerah/Bahagian, Persatuan Pengelola Sekolah-Sekolah Malaysia dan Pengetua Sekolah Berasrama Penuh

3.    Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal murid sekolah harian dan SBP dalam aspek :

Pembangunan Murid

  • Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya
    - menyelaras kursus bimbingan dan kaunseling untuk murid
    - menempatkan guru kaunselor di sekolah
  • Pembangunan dan Pemantapan Disiplin
    - memantau hasil laporan kegiatan salah laku di sekolah melalui JPN
    - meninjau, menyiasat salah laku murid dan memberi khidmat nasihat kepada sekolah yang berkaitan mengelolakan kursus kepimpinan murid
  • Pendidikan Pencegahan Dadah
    - menyelaras dan mengelola kursus untuk murid dan guru
    - memantau aktiviti dan program dengan kerjasa Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan dan Polis
    - menggubal kurikulum program anti dadah

Kokurikulum

Perkembangan personaliti murid melalui kegiatan kokurikulum

  • Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan Kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan Pakaian Seragam
  • Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan Persatuan/Kelab
  • Mengelola Program dan Aktiviti Peningkatan Penggunaan Bahasa
  • Menyelaras dan mengelola Program Penggalakan Sains, Teknologi dan Matematik
  • Menyelaras program lawatan dan pertukaran murid
  • Menyelaras aktiviti kelab dan persatuan

Kebajikan Murid

Merancang, mengurus dan memantau program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS)

  • Menyelaras dan memantau Program Kesihatan Sekolah
  • Menyelaras dan memantau program Keceriaan, Keselamatan dan Kebersihan Sekolah (3K)
  • Mengurus program Skim Insuran Murid
  • Membekal jaket keselamatan untuk pengangkutan air

4.    Menjalankan tugas Urus Setia Peringkat Kementerian : 

  • Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)
  • Mesyuarat Khas Pengurusan Pendidikan KPPM
  • Mesyuarat Permuafakatan Pendidikan
  • Persidangan Pengarah-Pengarah Pendidikan Negeri
  • Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
  • Mesyuarat Pengurusan Jabatan Sekolah (Bergilir)
  • Mesyuarat Khas Menteri Pendidikan dengan Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan JPN
  • Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengisian Projek Pengkomputeran (JK4P)
  • Jawatankuasa Teknikal Guru Bermasalah (Sakit Jiwa)
 
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3 & 4, Blok E2, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya
Tel: 03-88849000; Faks: 03-88849315

Hak Cipta Terpelihara @ 2006 - Bahagian Sekolah, KPM
Best viewed with Internet Explorer (IE) 4.0 and above in 1024 x 768 pixels screen resolution