| Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W
Saya mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung laman web Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Laman web ini merupakan satu saluran untuk memberi maklumat mengenai organisasi, fungsi dan peranan Bahagian serta perkhidmatan yang disediakan.
Maklumat ini dikemaskinikan dari masa ke masa untuk memastikan semua pengunjung mengetahui perkembangan yang terkini khususnya berhubung dengan Penilaian Tahap Kecekapan dan Peperiksaan Perkhidmatan. Diharap dengan pewujudan laman web ini, usaha-usaha bagi memajukan mutu penyampaian perkhidmatan di Bahagian ini menjadi lebih efisyen dan efektif.
Saya juga mengalu-alukan sebarang bentuk maklum balas dari para pengunjung laman sekalian. Maklum balas serta teguran akan dijadikan asas bagi menambah baik serta memantapkan lagi perkhidmatan yang diberikan.
Justeru saya menyeru kepada semua pengunjung agar terus menjadikan laman web ini sebagai salah satu saluran mendapat maklumat yang terkini. Akhir kata, adalah menjadi harapan agar laman ini akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada semua.
“Peneraju Dalam Penilaian Kompetensi”
~HAJI JAMALUDIN B. YAHAYA~
|