PERLANJUTAN PENDAFTARAN UJIAN KHAS PTK TAHUN 2008 SECARA OFF - LINE BAGI CALON DAN PENYELARAS UJIAN KHAS PTK DI BAHAGIAN – BAHAGIAN DI KPM/ JPN ( BAGI CALON YANG BELUM MENDAFTAR SECARA ON- LINE)

 

Disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal yang menyebabkan sebilangan calon tidak dapat mendaftar secara on-line, pihak BPPK telah mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran bagi menduduki Ujian Khas PTK 2008 sehingga 7 November 2008.

 

Sepanjang tempoh pelanjutan pendaftaran tersebut, pihak BPPK sendiri akan membantu mendaftarkan calon - calon yang belum mendaftar dan yang mempunyai masalah semasa mendaftar secara on - line.

 

Sehubungan itu, calon-calon dan juga penyelaras Ujian Khas PTK di Bahagian/ JPN dikehendaki mengikut arahan- arahan yang dinyatakan berikut:

 

1)                Arahan kepada calon

 

a)                   Calon hendaklah mencetak borang pendaftaran Ujian Khas PTK 2008 yang boleh didapati melalui laman web Portal Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi di http://apps.emoe.gov.my/bppk ;

 

b)                   Calon hendaklah mengisi dan melengkapkan maklumat diri dan butir- butir Ujian Khas PTK dalam borang pendaftaran tersebut dan menyertakan salinan kad pengenalan (bagi calon yang mempunyai masalah semasa mendaftar secara on-line, sila nyatakan masalah yang dialami semasa mendaftar dalam borang pendaftaran tersebut).

 

a)                   Calon hendaklah menyimpan dua salinan borang pendaftaran yang telah lengkap diisi. Satu salinan untuk simpanan calon/ ketua jabatan dan satu salinan untuk dihantar bersama borang pemerhatian yang telah lengkap diisi dan dihantar ke Bahagian/JPN/PPD/PPG;

 

b)                   Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dengan salinan kad pengenalan

                          calon hendaklah dihantar melalui kaedah berikut:

 

i)                     Poskan kepada:             Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi

                                                Kementerian Pelajaran Malaysia

                                                Blok 4803, Suite 0-2, Bangunan CBD Perdana

                                                Off Persiaran Multimedia

                                                63000, Cyberjaya,

                                                Selangor

                                                ( u.p Puan Joanna Zahra Augustine Liom)

 

           Nota:    Sila tulis perkataan ‘ BORANG PENDAFTARAN OFF - LINE UJIAN

                        KHAS  PTK TAHUN 2008’ di penjuru kiri sebelah atas sampul surat.

             

ii)                   Fakskan kepada:           03 – 8317 9090/ 9118/ 9119                                         

 

 

 

 

iii)                  E-mel kepada   :            joanna.liom@moe.gov.my/ anita.karim@moe.gov.my/ 

                                                    khairul.saad@moe.gov.my

            

            Nota:    Sila taip perkataan BORANG PENDAFTARAN OFF - LINE UJIAN  

                        KHAS PTK TAHUN 2008sebagai subjek e-mel.

 

 

c)                   Tarikh terakhir penerimaan borang pendaftaran ialah pada  07 November 2008. Borang permohonan yang diterima selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

 

 

1)                Arahan kepada Penyelaras Ujian Khas PTK di Bahagian/ JPN

 

(i)                   Penyelaras Ujian Khas PTK di Bahagian/ JPN diminta menyebarkan makluman ini ke sekolah/ jabatan di bawah seliaan masing – masing;

 

 

Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan perkara di atas, pihak tuan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut :

 

 

                 (i)           Pn. Joanna Zahra Augustine Liom                  03-8317 9063

 

                    (ii)        Pn. Anita Bt Abd. Karim                                      03-8317 9067

 

(ii)           En. Sareh Khairul Bin Sareh Saad               03-83179068

                                               

               

Kerjasama tuan membantu BPPK melaksanakan urusan ini amatlah dihargai.

 

Sekian.