Senarai Soalan
Adakah seseorang pegawai berpeluang mengulangi PTK
(di TK yang sama) sekiranya tidak mencapai keputusan pada Aras IV?

 

Dengan pelaksanaan SPP Bil. 19 Tahun 2008 mulai tahun 2009:

  • Seseorang pegawai yang mendapat keputusan Tidak Melepasi Tahap Kompetensi (Aras I) - boleh mengulangi keseluruhan PTK berkenaan sehingga melepasi tahap kecekapan (Aras III atau IV).

  • Seseorang pegawai yang mendapat keputusan Lulus Bersyarat (Aras II) - boleh menduduki semula komponen PTK berkenaan sehingga melepasi tahap kecekapan (Aras III atau IV).

  • Seseorang pegawai yang mendapat keputusan Lulus atau Melepasi Tahap Kompetensi (Aras III) boleh memperbaiki keputusan PTK berkenaan ke Aras IV dengan diberi peluang sekali sahaja untuk berbuat demikian. Pegawai yang mendapat Aras III dengan keputusan Gred B bagi kedua-dua komponen (Generik dan Fungsional) hendaklah menduduki kedua-dua komponen tersebut serentak bagi tujuan memperbaiki aras keputusan PTK. Pegawai berkenaan dikira telah menggunakan peluang sekali tersebut walaupun hanya menduduki salah satu komponen sahaja (Generik dan Fungsional) dan selepas itu tidak berpeluang lagi untuk memperbaiki aras. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai-pegawai yang mendapat keputusan PTK Aras III (Gred B bagi kedua-dua komponen Generik dan Fungsional) semasa mengulangi PTK dalam tempoh peralihan atau menggunakan kelonggaran syarat menduduki PTK di gred yang dipangku/ dipinjamkan/ ditukar sementara.