Senarai Soalan
Sekiranya calon tidak berpuas hati dengan keputusan PTK bolehkah mereka membuat rayuan menyemak semula keputusan tersebut?

BOLEH dengan syarat seperti berikut:

  • Tempoh membuat rayuan secara rasmi ialah selama satu bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.
  • Permohonan hendaklah menggunakan borang yang telah ditetapkan dan boleh diperolehi dari Laman Web BPPK http://apps.emoe.gov.my/bppk.
  • Calon dikenakan bayaran seperti berikut:
GRED
KADAR BAYARAN
Gred DG44/ DG48/ DG52/ DG54
RM200
Gred 26/ DGA34/ DGA38/ DG41
RM100
Gred DGA29/ DGA32
RM50
Anggota Khidmat Sokongan Gred 17/ 22
RM30
Anggota Khidmat Sokongan dengan kelulusan SRP/PMR ke bawah
Tiada
  • Kadar bayaran adalah dalam bentuk kiriman wang atau wang pos atas nama KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (cek atau wang tunai tidak diterima)
  • Keputusan rayuan adalah MUKTAMAD