Peperiksaan PTK


 

Ralat Slip Keputusan Peperiksaan PTK Sesi Ogos 2009 Yang Dikeluarkan MPM

Bahagian ini telah mendapati bahawa terdapatnya ralat pada keputusan PTK di ruangan Keputusan Terbaik pada slip keputusan Peperiksaan PTK sesi Ogos 2009 yang telah diumumkan oleh MPM pada 26 Oktober 2009.

Untuk makluman, keputusan terbaik bagi komponen Generik (umum) dan Fungsional (khusus) di ruangan Keputusan Terbaik pada slip berkenaan sepatutnya mengekalkan keputusan PTK pada Aras IV, III, II atau I dan bukannya pada Gred A, B, C atau D. Walau bagaimanapun, kesilapan tersebut tidak menjejaskan Keputusan Keseluruhan PTK pada slip keputusan berkenaan.

Pihak Bahagian ini dan MPM sedang dalam proses menyelesaikan masalah tersebut.

Harap Maklum.