Peperiksaan PTK


 

Pemakluman Penangguhan PTK (Sekatan) Calon Gagal Menghadiri Peperiksaan PTK Tempoh Peralihan (Aneka Pilihan) Bagi Sesi Oktober Dan Disember 2009

Calon-calon PTK (gred 17, 22, DGA29, DGA32 dan DG41) yang telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan PTK (Tempoh Peralihan) sesi Oktober atau Disember 2009, tetapi gagal menghadiri PTK berkenaan TIDAK akan dikenakan penangguhan (sekatan) menduduki Peperiksaan PTK pada sesi Jun tahun 2010. Oleh hal yang demikian, calon-calon berkenaan (tidak hadir) tidak perlu mengemukakan Borang BPPP-PTK 1/2009 kepada Bahagian ini bagi tujuan yang sama. Keputusan ini dibuat supaya calon-calon berkenaan mendapat peluang untuk memperbaiki keputusan PTK mereka ke Aras yang lebih baik.