PIAGAM PELANGGAN
Kami warga BPPK dengan penuh tekad dan iltizam, dalam melaksanakan tugas yang diperuntukan di bawah Akta Pendidikan 1996, dengan ini berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
1.

Memaklumkan tawaran menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Peperiksaan Perkhidmatan kepada calon yang memohon dan layak dalam tempoh berikut:

  • Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) – enam (6) minggu sebelum tarikh PPK berkenaan bermula;
  • Peperiksaan PTK – satu (1) bulan sebelum tarikh peperiksaan PTK bermula;
  • Ujian Khas PTK – dua (2) minggu selepas tarikh pendaftaran atas talian ditutup; dan
  • Peperiksaan Jabatan – dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula
2.

Memaklumkan keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan Peperiksaan Jabatan dalam laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam tempoh seperti berikut:

  • Pusat Penilaian Kompetensi (PPK) – tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki PPK;
  • Ujian Khas PTK – tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki Ujian Khas PTK; dan
  • Peperiksan Jabatan – tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki Peperiksaan
3. Memaklumkan keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan menghantar slip keputusan kepada calon melalui Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir calon menduduki Peperiksaan PTK;
4. Menghantar slip keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Pusat Penilaian Kompetensi dan Ujian Khas serta Peperiksaan Jabatan kepada calon melalui Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-bahagian dalam tempoh dua (2) minggu selepas dimuat naik dalam laman web KPM; dan
5. Memaklumkan keputusan rayuan semak semula keputusan PTK dalam laman web KPM dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup rayuan.