SYARAT – SYARAT KELAYAKAN MEMOHON MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN ( PTK)

 

 

Kelayakan untuk memohon menduduki peperiksaan PTK adalah seperti yang berikut:

 

(a)     Calon telah memilih opsyen Sistem Saraan Malaysia (SSM).

 

(b)    Untuk peperiksaan PTK Tahap Kecekapan 1 (TK1), calon hendaklah telah disahkan dalam perkhidmatan. Pembuktian pengesahan dalam perkhidmatan adalah berdasarkan kepada surat pengesahan dalam perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan. Pembuktian secara lisan dan lain-lain adalah tidak diterima.

 

(c)     Untuk peperiksaan PTK Tahap Kecekapan 2 (TK2), calon hendaklah telah berada di peringkat gaji P2 semasa permohonan dibuat.

 

(d)    Untuk peperiksaan PTK Tahap Kecekapan 3 (TK3), calon hendaklah telah dinaikkan pangkat secara hakiki atau pun secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

 

(e)     Calon yang berada di peringkat gaji P3 sebelum tahun 2003 boleh mengambil peperiksaan PTK TK1 atau TK2 untuk tujuan pertimbangan kenaikan pangkat. Untuk tujuan penggabungan kompetensi bagi keputusan keseluruhan, calon perlu menduduki peperiksaan PTK pada Tahap Kecekapan (TK) yang sama pada tahun-tahun yang berkenaan. Calon yang berada di peringkat gaji P3 setelah mendapat anjakan gaji selepas lulus peperiksaan PTK Tahap Kecekapan 2 (TK2) tidak perlu lagi mengambil peperiksaan PTK pada gred jawatan yang sama.

 

(f)      Pegawai memangku, pegawai yang dipinjamkan, dan pegawai yang ditukar sementara dibenarkan menduduki PTK atas gred yang dipangku/dipinjamkan/ditukar sementara dengan syarat telah Melepasi Tahap Kecekapan pada gred hakiki dan hanya dibenarkan menduduki PTK satu gred lebih tinggi daripada gred hakiki calon sebagai satu kelonggaran syarat.

 

(g)    Sekiranya surat pengesahan dalam perkhidmatan sekarang/surat kenaikan pangkat/surat arahan penempatan pemangkuan/pinjaman/pertukaran sementara diterima selepas tarikh tutup permohonan, calon tidak layak memohon untuk sesi berkenaan tetapi boleh mendaftar untuk sesi yang berikutnya.

 

(h)     Bagi calon yang memangku semasa membuat permohonan menduduki PTK dan kemudian telah mendapat surat kenaikan pangkat selepas tarikh tutup permohonan boleh menarik diri daripada menduduki PTK berkenaan. Calon adalah dikehendaki mengemukakan Borang Permohonan Pengecualian Penangguhan (Sekatan) PTK selewat-lewatnya DUA minggu selepas tarikh peperiksaan. Sekiranya calon menduduki juga peperiksaan PTK sesi berkenaan, keputusan PTK tertinggi adalah Aras III sahaja.

 

(i)       Calon yang telah menerima surat kenaikan pangkat setelah memohon pada gred yang terdahulu hendaklah membatalkan permohonan tersebut. Sila rujuk kepada para 15 dalam Panduan Peperiksaan PTK sesi Jun 2010.

 

(j)       Calon Cuti Bergaji Penuh/Separuh Gaji/Tanpa Gaji di dalam dan luar negara layak menduduki peperiksaan PTK bagi gred hakiki masing-masing.

 

Contoh:

 

(i)                   Pegawai yang bercuti belajar

(ii)                 Pegawai yang bercuti mengikut pasangan

(iii)                Pegawai yang bercuti menjaga anak

 

(k)     Calon yang bertugas di luar negara boleh memohon untuk menduduki peperiksaan PTK di negara di mana calon bertugas melalui Ketua Jabatan masing-masing.

 

(l)       Calon yang belajar/berkursus/bercuti di luar negara boleh memohon untuk menduduki peperiksaan PTK di negara di mana calon belajar/berkursus/bercuti terus kepada MPM melalui emel Pegawai Perhubungan Awam MPM ppa@mpm.edu.my.

 

(m)   Calon yang telah lulus PTK pada Aras III hanya dibenarkan mengulang komponen PTK berkenaan sekali sahaja bagi tujuan memperoleh keputusan keseluruhan yang lebih baik, iaitu Aras IV. Contoh kelayakan menduduki/ mengulang peperiksaan PTK bagi tahun 2010 adalah seperti Jadual 5 di bawah:

 

Jadual 5

 

Kelayakan Bagi Menduduki/Mengulang

Peperiksaan PTK Tahun 2010

 

Contoh Gred Calon

PEPERIKSAAN PTK

KAEDAH LAMA

KAEDAH BAHARU

Keputusan PTK Mac 2009 atau sebelum

Keputusan PTK Ogos 2009

Keputusan PTK Tempoh Peralihan

Oktober 2009/ Ulangan 1-2009

(Calon Aras I/ II kaedah PTK lama)

Keputusan PTK Tempoh Peralihan

Disember 2009/ Ulangan 2-2009

(Calon Aras I/ II kaedah PTK lama)

Keputusan PTK Jun 2010

PTK Oktober 2010

DGA29

(Aras III)

Pertama kali menduduki PTK kaedah baharu

(Aras III)

Tidak berkaitan

Ulang PTK

(Aras III)

Tidak dibenarkan mengulang PTK bagi TK yang sama

DGA29

Tidak menduduki

Pertama kali menduduki PTK kaedah baru

(Aras III)

Tidak berkaitan

Ulang PTK

(Aras III)

Tidak dibenarkan mengulang PTK bagi TK yang sama

DGA29

Aras I/ II

Tidak berkaitan

Ulang PTK

(Aras I/ II)

Tawaran terus

(Aras III)

Layak mengulang

 (Aras III)

Tidak dibenarkan mengulang PTK bagi TK yang sama

DGA29

Aras I/ II

Tidak berkaitan

Ulang PTK

(Aras I/ II)

Tawaran terus

(Aras I/ II)

Layak mengulang

(Aras III)

Layak mengulang sekali sahaja bagi TK yang sama

DGA29

Aras I/ II

Tidak berkaitan

Ulang PTK

(Aras I/ II)

Tawaran terus

(Aras I/ II)

Layak mengulang

 (Aras I/ II)

Layak mengulang sehingga Melepasi Tahap Kompetensi

DGA29

Aras I/ II

Tidak berkaitan

Tidak mengulang PTK

Ulang PTK

(Aras I/ II)

Layak mengulang

 (Aras I/ II)

Layak mengulang sehingga Melepasi Tahap Kompetensi

DGA29

Tidak Menduduki PTK

Pertama kali menduduki PTK kaedah baru

 (Aras III)

Layak mengulang sekali sahaja bagi TK yang sama

 

 

(n)     Calon Aras I dan II boleh mengulang PTK berkenaan sehingga calon Melepasi Tahap Kompetensi bagi TK yang berkenaan.

 

 

(o)    Calon yang telah menerima tawaran menduduki peperiksaan PTK tetapi tidak dapat menghadiri PTK berkenaan hendaklah membuat permohonan penarikan diri daripada menduduki peperiksaan PTK terus kepada MPM dalam tempoh penarikan diri seperti pada perkara 15. Selepas tarikh tutup, calon hanya dibenarkan menarik diri atas alasan rasmi dan perlu mengemukakan dokumen sokongan yang disahkan oleh Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar masing-masing dan dihantar ke alamat berikut:

 

                                    Ketua Eksekutif

                        Majlis Peperiksaan Malaysia

                        Bangunan MPM, Persiaran 1

                        Bandar Baru Selayang

                        68100 BATU CAVES

                        Selangor Darul Ehsan

                                    (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian PTK-SSM)

 

(p)    Calon yang tidak menghadiri peperiksaan PTK dan tidak mengemukakan surat penarikan diri dalam tempoh penarikan diri akan dikenakan penangguhan (sekatan) menduduki selama 12 bulan kalendar dari tarikh akhir peperiksaan PTK berkenaan. Walau bagaimanapun, calon yang mempunyai alasan yang munasabah boleh mengemukakan permohonan pengecualian penangguhan (sekatan) dengan menggunakan borang BPPP-PTK 1/2009 (berserta dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan/Pengetua/Guru Besar) selewat-lewatnya dalam tempoh DUA minggu selepas peperiksaan PTK diadakan (borang boleh didapati di laman web BPPK di alamat http://apps.emoe.gov.my/bppk atau laman web MPM di www.mpm.edu.my). Alasan munasabah yang boleh diterima bagi tujuan pengecualian ini adalah seperti yang dinyatakan dalam borang BPPP-PTK 1/2009.

 

(q)    Calon yang tidak mengemukakan BPPP-PTK 1/2009 atau mengemukakannya selepas dari tarikh yang ditetapkan seperti di perenggan (p) di atas akan dikenakan sekatan menduduki PTK selama 12 bulan dari tarikh akhir PTK yang tidak dihadiri.

 

 

(r)      Tindakan tatatertib/surcaj boleh diambil terhadap kedua-dua pihak, iaitu Ketua Jabatan yang bertanggungjawab dan calon jika calon yang tidak menepati syarat-syarat kelayakan didaftarkan untuk menduduki PTK.

 

(s)     Keputusan PTK calon akan terbatal dengan sendirinya jika maklumat yang diberikan semasa permohonan PTK tidak benar.