SYARAT-SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1)
Calon belum disahkan dalam perkhidmatan;
2)
Mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan;
3)
Untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan, calon hendaklah mengisi borang permohonan (UJS.BOR.PPI Pind.2/97 ) dan dihantar melalui JPN atau terus kepada BPPK sebelum atau pada tarikh tutup permohonan;
4)
Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak melalui Ketua Jabatan akan ditolak. Sebarang rayuan kelewatan permohonan tidak akan dilayan; dan
5)
Senarai calon yang layak menduduki peperiksaan akan dihantar kepada Jabatan Pelajaran Negeri dalam tempoh sebulan dan akan dimuatnaik dalam laman web BPPK di alamat http://apps.emoe.gov.my/bppk