SEJARAH
DAN LATAR BELAKANG UNIT |
Unit
Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme, Bahagian Pendidikan Guru
telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Mei 2003. Sebelum ini
Unit Penyelidikan
dan Pembangunan Profesionalisme di bawah struktur organisasi Unit Dasar,
Perancangan dan Pembangunan (DPP) di Sub Unit Penyelidikan. Penubuhan
Unit
Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme di Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) adalah sesuai dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
yang telah memberi penekanan kepada program Penyelidikan dan Pembangunan
seperti dinyatakan di dalam rancangan pembangunan Pendidikan 2001-2010.
Penubuhan Unit
Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme
juga selaras dengan visi dan misi BPG untuk menghasilkan sistem pendidikan
guru yang bertaraf dunia (BPG, 1999) serta menjadikan penyelidikan sebagai
budaya kerja pendidik guru, maka pendidik guru atau pensyarah perlulah
menjadi penyelidik yang aktif supaya dapat meningkatkan kualiti kerja
melalui penyelidikan. Kompetensi dalam melaksanakan penyelidikan
merupakan prasyarat utama untuk menjadikan pendidik guru menjadi
pendidik yang reflektif. Sehingga kini Bahagian Pendidikan Guru telah
mempunyai lebih dari seratus kajian yang meliputi bidang keguruan, pengajaran
dan pembelajaran, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. |