Bahagian Pendidikan Guru

Slide Menu

Penghargaan

Sistem ini membolehkan anda mengakses maklumat pergerakan Kakitangan dan Staf BPG. Segala maklumat yang diperolehi dari sistem ini adalah tidak boleh disebarkan atau dimanipulasikan dalam apa jua cara tanpa kebenaran daripada pihak Administrator atau Pengarah BPG

 
Sistem ini juga dapat membantu pegawai merekod pergerakan.
 

Sudut Renungan

“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga mengawal pada jalan Allah.” - Hadis Riwayat Tarmizi
Oleh
Hadis Riwayat Tarmizi

e-Keputusan Peperiksaan

e-Keputusan Peperiksaan Kini boleh diakses menerusi url berikut :
http://apps.emoe.gov.my/bpg/e-keputusan
e-Keputusan Peperiksaan menyediakan maklumat keputusan akhir bagi guru pelatih di IPGM. Guru Pelatih yang ingin mengetahui keputusan, perlu memasukkan nokp dan angka giliran. Maklumat lengkap berkaitan keputusan peperiksaan boleh dirujuk menerusi Unit Peperiksaan Di IPGM masing-masing.

MAKLUMAN - PENGGUNA APLIKASI ON-LINE

Salam untuk semua pengguna aplikasi SPS dan e-SPPS. Terdapat perubahan pada link ke aplikasi SPS dan SPPS.

Link ke Aplikasi SPS, e-Perjawatan, E-Enrolmen dan E-Daftar telah diletakkan dibawah menu "APLIKASI - ONLINE"

Harap maklum, segala kesukaran amat dikesali.

SPS - Sistem Pergerakan Staf

Assalamualikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih kepada semua pengguna yang memanfaatkan Sistem Pergerakan Staf (SPS).

Untuk meningkatkan lagi tahap kecekapan dan pengurusan aplikasi Sistem Pergerakan Staf, Aplikasi ini sekarang dipindahkan ke Server di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kepada semua pengguna, boleh mengakses sistem ini menerusi URL Berikut:

http://apps.emoe.gov.my/bpg/aplikasi.cfm

Nama pengguna dan Katalaluan pengguna masih seperti dulu. Namun begitu sekiranya pengguna telah menukar katalaluan pada server edidik, pengguna masih perlu menggunakan katalaluan yang lama apabila mengakses ke Sistem Pergerakan di server BPM, KPM

Sekian untuk makluman semua..

Pengumuman Untuk Penyelaras Berita IPG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aplikasi on-line bagi muat naik berita kini dibuka semula. Diharapkan semua penyelaras berita di IPG dapat muat naik berita-berita semasa yang berjalan di IPG.

Maklumat Umum::

Bina Insan Guru PISMP Semester 1
Program Bina Insan Guru bagi pelatih-pelatih PISMP semester 1 telah dijalankan di Kem Kokurikulum Lancang dan Tasik Biru, Jasin. Program wajib kepada bakal guru ini telah dapat mencapai objektif yang diharapkan dan memberi pengalaman yang berharga kepada para peserta
Posted By berita.ipgkpm on 2010-03-12 10:16:42.0 | Maklumat Umum
Reads: 55 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

Kejohanan Mini Marathon
PISMP Semester 5 telah menganjurkan Kejohanan Mini Marathon pada hari Rabu, 10 Mac 2010 yang lalu. Kejohanan Mini Marathon tersebut telah berjalan dengan lancar dan sempurna. Tahniah dicapkan kepada semua pemenang dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pensyarah penasihat olahraga semester 5, serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan tersebut.
Posted By berita.ipgkpm on 2010-03-11 22:03:18.0 | Maklumat Umum
Reads: 29 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

Bicara Karya Azizi Hj Abdullah
Institut Penddidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah mengadakan Bicara Karya Azizi Hj Abdullah pada 09 Mac 2010 di Dewan Al-Farabi. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu dengan kerjasama Kelab Seni Pengucapan Awam (KESPA). Penulis tersohor Azizi Hj Abdullah selaku pembicara telah berjaya menarik perhatian para hadirin dengan mengupas karya-karyanya seperti Memoir Seorang Guru, Seorang Tua di Kaki Gunung, Suriati, dan Sangeeta. Majlis yang disertai oleh para pensyarah dan guru-guru pelatih telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Tuan Hj Mohd Rosli bin Ismail.
Posted By web_ipsah on 2010-03-11 16:33:45.0 | Maklumat Umum
Reads: 26 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

Pameran Alat Bantuan Mengajar Oleh Jabatan Bahasa Melayu 2010
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul telah mengadakan pameran Alat Bantuan Mengajar dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Melayu. Pengarah Institut Pendidikan Guru, Puan Hajah Saadiah Bani menyempurnakan perasmian dengan memukul gong sebanyak tiga kali. Majlis diserikan dengan deklamasi sajak yang bertajuk "Peludah Bahasa" nukilan A. Samad Said oleh Ainun Nasibah dan syair bertajuk "Berbuat Jasa" oleh Zulfadhli dan Nor Adilah. Pameran berlangsung selama satu bulan 8 Februari 2010 hingga 25 Februari 2010.
Di samping pameran, diadakan juga beberapa aktiviti kebahasaan seperti deklamasi sajak, pidato, berbalas pantun dan nyanyian bertujuan menarik lebih ramai pengunjung ke pameran tersebut.
Posted By web_ipsah on 2010-03-11 16:25:48.0 | Maklumat Umum
Reads: 22 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

SEMINAR KENALI ANAK KITA ZON TIMUR
Pada 6 Mac 2010 yang lalu, bertempat di Dewan Bendahara, IPG Kampus Sultan Mizan, telah berlangsung Seminar Kenali Anak Kita Zon Timur yang menghimpunkan seramai 420 orang peserta yang terdiri daripada kaum pendidik, ibu bapa dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Seminar tersebut anjuran PENGASIH dan Petronas serta IPG Kampus Sultan Mizan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan LPPKN. Seramai 72 orang pelajar dan staf IPG Kampus Sultan Mizan menyertai seminar tersebut. Penglibatan IPG Kampus Sultan Mizan dalam seminar ini adalah sebahagian daripada sumbangan IPG ini kepada agensi luar.

Kertas kerja 1 yang bertajuk memahami perkembangan remaja telah disampaikan oleh Dr. Adibah Hanim bt. Ismail, pensyarah kanan/Family Medicine Speacialist HUSM. Sementara, kertas kerja 2 yang bertajuk cabaran keibubapaan masa kini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd. Fauzi bin Abdul Ghani daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. Kertas kerja 3 yang bertajuk cabaran gejala sosial masa kini disampaikan oleh Hj. Mohd. Yunus Pathi, Presiden PENGASIH Malaysia.

Sesi dialog yang bertajuk ibu bapa sebagai agen perubahan melibatkan wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, LPPKN dan PENGASIH. Sesi tersebut telah membuka minda peserta kursus tentang peranan ibu bapa sebagai agen perubahan. Sesi dialog tersebut menarik minat ramai peserta bersoal jawab dengan ahli panel.

 Seminar ini bagus kerana memberi banyak pendedahan tentang gejala sosial yang berlaku di sekeliling kita dan kita perlu sentiasa berwaspada dengan cabaran semasa, ujar En. Mohamad bin Ab. Latiff, salah seorang peserta seminar.


Posted By P_Berita IPGKSM on 2010-03-11 12:53:12.0 | Maklumat Umum
Reads: 24 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

PUNCAK GUNUNG TEBU BERJAYA DITAWAN
Pada 4 -5 Mac 2010 yang lalu, sekumpulan pelajar KPLI seramai 44 orang bersama 3 orang pensyarah IPG Kampus Sultan Mizan telah berjaya menawan puncak Gunung Tebu, Besut. Program Bina Daya Tahan dan Daya Juang anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Sultan Mizan bermatlamat untuk membantu pelajar menguasai kemahiran asas kegiatan luar, menghayati kepekaan dan keprihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semula jadi dan memupuk sikap ketahanan dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa. Menurut En. Ishak bin Ismail, Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Sultan Mizan, program tersebut berjaya membantu pelajar KPLI menyesuaikan diri dan membina daya tahan dengan kehidupan sebagai bakal guru. Pengalaman paling manis ketika menyertai program tersebut ialah saya berjaya menawan puncak Gunung Tebu. Sungguh seronok kerana inilah pengalaman pertama saya menawan puncak gunung, ujar Fatimah bt. Ab. Rashid, pelajar KPLI PJ, IPG Kampus Sultan Mizan.
Posted By P_Berita IPGKSM on 2010-03-11 12:49:32.0 | Maklumat Umum
Reads: 19 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

Kejohanan Olahraga 2010 IPG Kampus Tawau
6 Mac 2010 (Sabtu) Kejohanan Olahraga 2010 berlangsung di Kompleks Sukan IPG Kampus Tawau dirasmikan oleh Hajah Masni Binti Madat Pengarah IPG Kampus Tawau. Karnival sukan ini telah berlangsung dengan meriahnya. Karnival ini banyak memberikan manfaat kepada semua yang terlibat terutama dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Posted By web_iptawau on 2010-03-11 10:35:16.0 | Maklumat Umum
Reads: 28 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

Memantapkan Ukhwah
26 FEBRUARI  Warga muslim IPG Kampus Tun Abdul Razak telah mengadakan perarakan sempena Maulidur Rasul di sekitar kampus. Majlis bertambah seri dengan kehadiran Yang Berbahagia Datin Hajah Zahrah, Pengarah IPGKTAR, Timbalan Pengarah, pensyarah serta guru pelatih. Perayaan peringkat institut ini dilengkapkan lagi dengan ceramah yang bertajuk Memantapkan Ukhwah dan Memperkasakan Ummah telah disampaikan oleh Ustaz Saiful Azhar bin Zainal Abidin. Antara isi ceramah menyebut tentang keperluan memantapkan diri individu dengan ciri Islam akan menjadi pemangkin kepada pemantapan ummah. Sekiranya masyarakat Islam masih leka dengan aspek duniawi dan hiburannya, maka slogan akan tinggal slogan dan akan lahir slogan baru menjelang Maulidur Rasul akan datang. Sesungguhnya untuk memperkasakan ummah tidak cukup dengan slogan; sebaliknya perlu disertai dengan perubahan kepada proses Islamisasi individu seterusnya masyarakat.
Posted By 610319-04-5269 on 2010-03-09 10:52:09.0 | Maklumat Umum
Reads: 25 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

IPG Kampus Darulaman : Timbalan Pengarah Baru
IPG Kampus Darulaman telah menerima surat lantikan dan pertukaran rasmi Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman. En Shaari Osman yang telah di lantik sebagai Timbalan Pengarah IPG Ilmu Khas dan Tn Hj Hashim Asman telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman berkuatkuasa 1 Mac 2010.

Seluruh warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan jutaan tahniah kepada mereka berdua di atas lantikan tersebut. Sekalung penghargaan kepada mantan En Shaari Osman yang telah berjasa dan memberi sumbangan yang banyak demi kemajuan Kampus Darulaman. [ Webmaster ]
Posted By WEB_IPDA on 2010-03-07 12:02:54.0 | Maklumat Umum
Reads: 35 | printer friendly page
 

Maklumat Umum::

Sambutan Maulidur Rasul
Jumaat, 5 Mac 2010 -- Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu telah bermula dengan perarakan pensyarah dan pelajar dari Balai Islam Syaidatina Aisyah (BISA) ke Dewan Srikandi. Majlis ini diadakan serentak dengan Perhimpunan Bulan Mac 2010 anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). Ustaz Zainuddin bin Othman dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), IPK Melaka telah menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut.
Posted By berita.ipgkpm on 2010-03-05 11:11:17.0 | Maklumat Umum
Reads: 25 | printer friendly page
 

Next 10 Berita

LOGIN PENGGUNA

Sila Login
User name
:
Katalaluan
:
   
Maklumat Terkini
  • MESYUARAT PENYELARASAN HALA TUJU BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Pada : 28 HINGGA 31 DISEMBER 2009 di Avillion Legacy Melaka, Hotel

  • Pengemaskinian Maklumat Perjawatan Bagi Kakitangan BPG/ IPGM kini boleh diakses, Sila Login dan Klik pada e-Perjawatan (SPPS) atau terus akses ke URL http://apps.emoe.gov.my /bpg/perjawatan.cfm
  • Bagi Pensyarah dan staf yang belum mempunyai ID dan katalaluan sila dapatkan daripada KUKP atau PT Perjawatan IPGM masing-masing
  • Pengemaskinian profil peribadi, Maklumat Kepakaran, Kokurilkulum dan Kelas Pengajaran dan Pembelajaran kini boleh diakses oleh semua pengguna yang mendaftar.
  • Terima kasih atas kerjasama anda
 
 
 

Penafian:- Pihak pentadbiran webmaster tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada, ataupun laman ataupun syarikat yang dipautkan ataupun disyorkan oleh sistem ini. Sistem ini dibangunkan oleh Unit Teknologi & Maklumat, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia
Copyright © 2007 http://apps.emoe.gov.my/bpg All rights reserved.